Amerika Syarikat Mahu Sekat Permohonan Iran Untuk Dapatkan Pinjaman IMF?

676

Amerika Syarikat dilaporkan merancang untuk menyekat permohonan Iran dalam mendapatkan pinjaman kecemasan daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang bernilai $5 bilion untuk membantunya menangani impak coronavirus.

Beberapa pegawai kanan pentadbiran Trump mendakwa bahawa kerajaan Iran masih mempunyai dana yang mencukupi iaitu berbilion dolar dalam akaun sedia ada mereka.

Sekiranya Iran dibenarkan untuk menerima pinjaman dari IMF, ia akan digunakan untuk meningkatkan ekonomi negara itu yang sebelum ini telah dilemahkan oleh sekatan dari Amerika Syarikat atau menyokong kewangan tentera militannya, daripada membendung krisis COVID-19.

IMF yang telah menerima permohonan pembiayaan dari beberapa buah negara yang terjejas, dikatakan sedang membincangkan perkara itu dengan Tehran bagi memastikan kelayakannya untuk menerima pinjaman kecemasan.

Negara itu sebelum ini telah memohon pinjaman bernilai $ 5 bilion daripada IMF untuk membantunya memerangi virus maut yang telah meragut 3,872 nyawa dan menjangkiti 62,589 rakyat setakat ini, menjadikannya sebagai negara yang paling teruk terjejas di Timur Tengah.

Selain itu, Menteri Luar Iran, Javad Zarif juga telah mendesak Amerika Syarikat supaya membatalkan sekatan yang dikenakan ke atas negara itu sehingga menyukarkannya untuk mendapatkan bekalan perubatan yang diperlukan.

Keputusan yang dibuat oleh IMF perlu dikemukakan terlebih dahulu kepada lembaga eksekutif untuk kelulusan, dan ini akan membolehkan Amerika Syarikat untuk menyekat permohonan tersebut kerana ia mempunyai 16.5% kuasa undian melebihi negara lain dalam organisasi tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat