Amerika Syarikat Mempunyai Bukti Besar COVID-19 Berasal Dari Makmal China!

2,444

Pembukaan dagangan awal minggu sesi Asia memperlihatkan matawang US dolar didagangkan menyusut berbanding safe-haven yen, memanjangkan penurunannya untuk ditutup rendah pada Jumaat lalu.

Sementara safe-haven US dolar pula didagangkan mengukuh berbanding matawang utama lain, dengan diniagakan ke paras tertinggi satu minggu berbanding dolar Aussie dan New Zealand.

Sentimen kembali berisiko berikutan data ekonomi Amerika Syarikat yang suram dan dipengaruhi oleh ketegangan perdagangan antara dua ekonomi gergasi dunia yang kembali tercetus.

Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo dalam satu kenyataannya pada hari Ahad, mengatakan bahawa terdapat sejumlah besar bukti bahawa wabak pandemik coronavirus sebenarnya adalah berasal daripada sebuah makmal di China.

Sebelum itu, terdapat laporan bahawa perisik AS percaya bahawa kerajaan China sengaja menyembunyikan tentang bahaya COVID-19 dari masyarakat dunia ketika ia mula merebak pada awal Januari dan pada masa yang sama meningkatkan bekalan perubatan mereka.

Hal ini sekali gus menambah ketegangan antara kedua negara itu sehingga menyebabkan Amerika Syarikat meningkatkan amarannya untuk mengenakan tariff yang tinggi kepada China, lebih-lebih lagi selepas Presiden Donald Trump memberitahu pada minggu lepas bahawa perjanjian fasa 1 telah terjejas teruk akibat COVID-19.

Sementara dalam kenyataan terbarunya, Trump memberi amaran kepada Beijing bahawa jika negara itu gagal memenuhi komitmen untuk membeli barangan AS, beliau akan menamatkan perjanjian pedagangan tersebut.

Ini menyebabkan matawang yuan China terus memanjangkan penurunannya sejak Jumaat lalu untuk diniagakan menyusut di paras terendah 6 minggu berbanding US dolar pada sesi Asia hari ini.

Dalam pada itu, dagangan hujung minggu turut menyaksikan data PMI pembuatan AS bagi bulan April jatuh kepada 41.5 daripada bacaan sebelum ini 49.1, namun bacaan ini lebih baik daripada jangkaan pasara untuk menurun pada 36.9.

Bacaan terbaru ini menunjukkan penguncupan paling ketara dalam aktiviti ekonomi di sektor pembuatan sejak April 2009, disebabkan oleh kejatuhan dalam sub-indeks pesanan baru ke paras terendah sejak Disember 2008 dan sub-indeks pekerjaan jatuh ke tahap terendah sejak Februari 1949.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat