Amerika Syarikat Menuju Kemelesetan? – Kenyataan Trump Cetus Kebimbangan Pasaran!

1,210

Sesi pasaran Asia menyaksikan dagangan matawang utama terus diniagakan di bawah tekanan oleh kebimbangan terhadap penularan wabak pandemik coronavirus di seluruh dunia yang semakin meningkat.

Setakat pagi ini, sebanyak 182,438 kes dan 7,157 kematian akibat coronavirus telah direkodkan di seluruh dunia, di mana Itali masih mendahului selepas China dengan 27,980 kes dan 2,158 kematian.

US dolar kembali mempamerkan peningkatan pada sesi Asia selepas ditekan oleh keputusan pemotongan kecemasan kedua kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) dalam usaha mengimbangi ekonomi dari impak coronavirus.

Dalam satu taklimat kepada wartawan di White House, Presiden AS Donald Trump mengatakan bahawa isu wabak COVID-19 di Amerika Syarikat mungkin akan berada di bawah kawalan secepatnya menjelang bulan Julai atau Ogos.

Bagaimanapun, Trump turut berpendapat bahawa Amerika Syarikat mungkin akan menuju ke arah kemelesetan disebabkan oleh impak coronavirus yang menjejaskan ekonomi di negara itu.

Susulan daripada itu, pasaran saham AS, Dow Jones Industrial Average ditutup hampir 3,000 mata lebih rendah pada sesi New York, menjadikannya sebagai hari terburuk sejak krisis kewangan 1987.

Sementara itu, matawang pound kekal diniagakan di paras terendah 5 bulan berbanding US dolar sementara pasaran menantikan pakej rangsangan kewangan yang dijangka diumumkan oleh Menteri Kewangan UK Rishi Sunak hari ini.

Matawang euro pula didagangkan mendatar berbanding US dolar menjelang penerbitan laporan sentimen ekonomi tinjauan ZEW Jerman bagi bulan Mac pada petang ini yang dijangka menyusut ke paras negatif.

Dolar Kanada jatuh ke paras terendah empat tahun berbanding US dolar ditekan oleh kemerosotan ketara harga minyak yang terkesan akibat penularan wabak coronavirus.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat