Amerika Syarikat Tarik Diri Daripada Perjanjian Open Skies!

0 534

Semalam, Amerika Syarikat menyatakan bahawa mereka akan menarik diri daripada perjanjian Open Skies yang melibatkan sebanyak 35 buah negara. Open Skies merupakan sebuah perjanjian yang membolehkan pengawasan penerbangan tidak bersenjata terhadap negara-negara anggota. Langkah yang diambil oleh Presiden Donald Trump ini adalah bertujuan untuk mengeluarkan negara tersebut daripada perjanjian global utama.

Hal ini demikian kerana Russia didakwa telah berulang kali melanggar syarat perjanjian itu. Pegawai kanan presiden Amerika Syarikat berkata pengeluaran negara tersebut daripada perjanjian berkenaan akan dilakukan secara rasmi dalam tempoh 6 bulan.

Menurut Trump, mereka mempunyai hubungan yang baik dengan Russia tetapi, negara tersebut telah melanggar syarat perjanjian. Selain itu, perjanjian New Start 2010, yang mengenakan had kepada penggunaan senjata nuklear strategik Amerika Syarikat dan Rusia, masing-masing tidak lebih daripada 1.550 itu didakwa telah tamat pada bulan Februari lalu dan tidak akan dilanjutkan.

Selain itu, presiden negara kuasa besar itu telah berulang kali meminta China bergabung bersama Amerika Syarikat dan Russia dalam perbincangan mengenai perjanjian kawalan senjata untuk menggantikan New Start. Malangnya, China yang memiliki kira-kira 300 juta senjata nuklear menolak permintaan itu.

Penasihat keselamatan nasional White House, Robert O’Brien berkata beliau tidak menjangka bahawa presiden Amerika Syarikat itu juga akan menarik diri daripada perjanjian New Start.

Susulan daripada itu, sekutu-sekutu NATO dan negara-negara lain seperti Ukraine telah menekan Washington untuk tidak meninggalkan perjanjian Open Skies itu. Manakala Russia mendakwa bahawa mereka tidak melanggar perjanjian tersebut dan terbuka untuk mengadakan perbincangan mengenai isu-isu teknikal.

Akan tetapi, tinjauan para pegawai perjanjian Open Skies selama 6 bulan mendapati bahawa Russia telah berulang kali melanggar perjanjian itu.

Untuk pengetahuan semua, pada tahun lalu, pentadbiran Amerika Syarikat juga menarik diri daripada Perjanjian Intermediate-range Nuclear Forces Treaty yang ditandatangani dengan Rusia.

Walau bagaimanapun, seorang pegawai kanan mendedahkan bahawa para pegawai Amerika Syarikat telah memulakan perbincangan dalam beberapa hari terakhir dengan para pegawai Rusia mengenai rundingan senjata nuklear yang baru untuk memperketat langkah-langkah kawalan senjata nuklear generasi berikutnya.

Anda mungkin juga berminat