Amukan USD Sukar Dibendung, EUR/USD Terperosok Rendah Lagi!

594

Situasi semasa dalam pasaran kewangan kekal tidak berubah yang didominasi oleh sentimen berisiko pasaran berikutan kebimbangan terhadap lockdown di China selain peningkatan ketegangan ketenteraan dan ekonomi antara Rusia dan NATO yang masih berlarutan.

US dolar terus menguasai pasaran dengan melanjutkan pengukuhannya pada dagangan Selasa semalam seperti yang dijangkakan dengan prospek kenaikan kadar faedah yang agresif pada mesyuarat FOMC minggu hadapan.

Justeru, pengukuhan US dolar terus menafikan kebangkitan mata wang utama yang lain dalam pasaran malah terus mengalami penyusutan nilai sejak awal minggu.

Seperti yang dipaparkan pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam, harga menyambung penurunan selepas menembusi paras sokongan 1.07000 dan mencecah ke paras sekitar 1.06400 di penghujung sesi New York.

Ini adalah paras terendah terbaru 2 tahun yang dicatatkan harga selepas kali terakhir harga mencecah sekitar zon tersebut pada dagangan Mac 2020.

Sekiranya penurunan diteruskan lagi, harga bakal mencatatkan paras terendah terbaru sejak April 2017 pula dengan paras jangkaan yang bakal diuji adalah pada 1.06000.

Dan untuk sasaran yang lebih rendah, zon 1.04000 akan menjadi tumpuan utama iaitu zon support harga pada dagangan penghujung 2016 lalu.

Sementara untuk jangkaan kenaikan harga pula, rintangan awal yang bakal diuji adalah pada 1.07000 terlebih dahulu.

Kenaikan yang melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam akan menjadi isyarat awal untuk perubahan trend bullish sebelum kenaikan diteruskan menuju zon SBR (support become resistance) 1.08000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat