Analisa EURUSD 9 Sept 2014

138

2014-09-09_15-23-54
(klik gambar diatas untuk besarkan)

Euro mengalami kejatuhan yang ketara yang mana trend bearish berterusan dan sehingga kini harga sudah menembusi pada level Fibonacci retracement di level 50% (1.30154). Support yang terhampir adalah pada level 61.8% (1.27851) dan level 78.6% (1.24573).

Keadaan trend bearish ini berterusan dan disokong pula dengan Moving Average (MA) yang sudah bersilang pada MA50(hijau), MA100(biru) dan MA200(merah).
Tetapi RSI (Relative Strength Index) menunjukkan harga telah jatuh ke paras bawah level 30 dan 20 atau harga sudah ‘oversold’ yang mungkin akan membuat pantulan pada level 61.8% (1.27851).

Pasaran akan berpotensi naik(bullish) jika harga berjaya menembusi harga tertinggi pada 8 mei lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat