Analisa Teknikal Mingguan 12 Disember – 16 Disember 2016

64

EURUSD – Analisa Mingguan 12 Dis – 16 Dis 2016 – Rujukan Chart TF Daily

EURUSD berjaya membentuk new ‘Lower High/LH’ pada minggu lepas pada sekitar harga 1.0850/70 iaitu potensi ‘Support Become Resistance’ dan terus membuat pergerakan bearish lebih kurang 300 pips.

Jadi minggu ini, Tim Analisa berpendapat EURUSD masih  dalam momentum bearish dengan pergerakan wave(LH,LL,LH,LL) dan ia berpotensi untuk melakukan ‘retracement’ kenaikan sebelum breakout Key Support minggu ini 1.0460.

Dan jika breakout, ia berpotensi untuk mencapai target bearish iaitu sekitar 1.0350. Jadi kesimpulannya, selagi harga masih di bawah 1.0850/70 ia masih dalam mood bearish dan minggu ini kemungkinan adalah minggu untuk EURUSD mencapai harga terbaik sebelum bearish semula.

Jika ia breakout Key Resistance minggu ini 1.0760, kemungkinan ia bakal menguji semula resistance terbaik ketika ini iaitu 1.0850/70.

GBPUSD – Analisa Mingguan 12 Dis – 16 Dis 2016 – Rujukan Chart TF Daily

Seperti jangkaan, GBPUSD berjaya melakukan penurunan ‘retracement’ pada minggu lepas dan minggu ini selagi ia tidak breakout Key Support ia berpotensi untuk bullish semula untuk mencapai semula harga di sekitar Key Resistance.

Jika diperhatikan, secara teknikal pergerakan wave masih ke arah bullish(HL,HH,HL,HH). Jadi harga sekitar Key Support minggu ini 1.2500/20 perlu diperhatikan sepenuhnya. Jika breakout, GBPUSD berkemungkinan akan menguji harga support terbaik iaitu 1.2350 sebelum bullish semula.

Tetapi sekiranya ia masih belum breakout Key Support minggu ini, kebarangkalian untuk GBPUSD untuk meneruskan bullish masih tinggi. Dan ia berpotensi untuk breakout Key Resistance iaitu HH yang berada pada harga 1.2750. Dan target yang boleh dicapai adalah 1.2850/70 untuk membentuk new ‘Higher High/HH’.

Kesimpulannya, selagi ia tidak breakout 1.2350, mood bullish masih dikuasai GBPUSD dan peluang untuk ‘long’ boleh diperhatikan di dalam timeframe yang lebih kecil.

AUDUSD – Analisa Mingguan 12 Dis – 16 Dis 2016 – Rujukan Chart TF Daily

Pergerakan AUDUSD minggu lepas hanya sideways sekitar harga Key Resistance 0.7500 dan Key Support 0.7380/0.7420.

Pada minggu ini, Tim Analisa berpendapat AUDUSD masih dalam momentum bearish dan harga Key Resistance masih dikekalkan pada harga yang sama. Jadi selagi tidak breakout Key Resistance 0.7500/20, mood bearish masih menguasai AUDUSD.

Dan sekiranya AUDUSD berjaya breakout Key Support 0.7420, target bearish yang boleh dicapai adalah sekitar 0.7330/00. Sebarang kenaikan pada minggu ini adalah ‘retracement’ ketika ini dan jika breakout Key Resistance, resistance terhampir yang boleh dicapai adalah 0.7530 ataupun 0.7580 sebelum bearish semula.

USDJPY – Analisa Mingguan 12 Dis – 16 Dis 2016 – Rujukan Chart TF Daily

USDJPY berjaya membentuk new ‘Higher Low/HL’ pada minggu lepas dan terus melakukan pergerakan ke arah bullish. Jadi mengikut analisa teknikal minggu ini, Tim Analisa berpendapat USDJPY masih dalam mood bullish dan selagi tidak breakout Key Support yang berada sekitar harga 113.30/00, kebarangkalian untuk USDPY meneruskan bullish masih tinggi.

Kemungkinan minggu ini ia akan mencapai harga terbaik sekitar Key Resistance 116.50 sebelum bearish ‘retracement’ semula. Walaubagaimanapun, jika ia breakout Key Resistance, resistance terhampir yang boleh dicapai adalah 118.00/20.

Jadi, Key Resistance minggu ini perlu diberikan perhatian samaada ia berjaya dibreakout ataupun tidak. Jika tidak breakout, USDJPY berpeluang untuk bearish semula.

GBPJPY – Analisa Mingguan 12 Dis – 16 Dis 2016 – Rujukan Chart TF Daily

Seperti jangkaan minggu lepas, GBPJPY masih uptrend dan penurunannya berjaya membentuk new ‘Lower High/LH’ sebelum bullish. Direkodkan lebih kurang 200+ pips kenaikan dari harga 143.20

Jadi minggu ini, Tim Analisa masih berpendapat GBPJPY masih dalam mood bullish dan sebarang penurunan adalah ‘retracement’ dan Key Support minggu ini berada pada harga sekitar 143.20/00.

Oleh itu, selagi ia tidak breakout Key Support minggu ini, GBPJPY berpotensi tinggi untuk meneruskan pergerakan ke arah bullish minggu ini dan jika breakout, 141.30 adalah harga terbaik untuk menentukan samada GBPJPY masih dalam mood bullish atau bearish.

Jadi Key Support perlu diberikan perhatian. Jika tidak breakout, ia berpotensi meneruskan pergerakan bullish untuk menguji resistance seterusnya 147.90/148.00 iaitu potensi harga berlakunya ‘Support Become Resistance’.

Nota : Team Analisa Moshed ada menyediakan analisa seperti ini hampir setiap hari bagi TimeFrame H1. Anda berminat untuk dapatkannya? Jadi Ahli Traders Zone dengan – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat