Analisa Teknikal Mingguan 5 Jun – 9 Jun 2017

107

EURUSD – Analisa Mingguan 5 Jun – 9 Jun 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Seperti yang dijangkakan, pasaran harga EUR/USD berjaya untuk membentuk new HL dengan terbentuknya reversal candlestick iaitu bullish pin bar Selasa lalu sebelum ia meneruskan lagi pergerakan bullish dan telahpun breakout Key Resistance minggu lalu.

Jadi pada minggu ini, mengikut teknikal EUR/USD masih berpotensi untuk terus bullish sekiranya ia masih tidak breakout Key Support mingguan. Dan target kenaiakn terhampir adalah sekitar harga KeY Resistance iaitu 1.1350 dan jika breakout, target seterusnya adalah ke harga yang lebih tinggi iaitu 1.1400/64.

Walaubagaimanapun, jika breakout Key Support mingguan, ia berpotensi untuk bearish dan mencapai ke harga terhampir iaitu 1.1020/10 sebelum ia kembali bullish. Oleh itu, selagi ia tidak breakout Key Support minggu ini, EUR/USD berpotensi tinggi untuk terus bullish pada minggu ini.

GBPUSD – Analisa Mingguan 5 Jun – 9 Jun 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Pada minggu lalu, harga pasaran bagi GBP/USD masih gagal untuk breakout Key Support yang berada pada harga 1.2770 dan direkodkan ia telah membuat kenaikan lebih kurang 130 pips. GBP/USD kini masih berada dalam mood bullish ketika ini dengan pergerakan wave yang masih ke arah uptrend(HL,HH,HL,HH) dan dengan terbentuknya pin bar Rabu lalu.

Jadi, selagi ia tidak breakout harga terendah pin bar/Key Support mingguan iaitu 1.2770 ini, ia masih berpotensi untuk bullish dan membentuk new HH jika breakout Key Resistance minggu ini. Oleh itu, peluang ‘entry’ yang boleh diperhatikan adalah sekitar harga support-support terhampir yang boleh diperhatikan di timeframe yang lebih kecil sebelum ia bullish.

Target bullish selagi ia tidak breakout Key Support adalah sekitar Key Resistance minggu ini 1.3040 dan jika breakout ia berpotensi untuk ke harga yang lebih tinggi lagi bagi membentuk new HH.

AUDUSD – Analisa Mingguan 5 Jun – 9 Jun 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Pada awal minggu lalu, AUD/USD bearish lebih kurang 100 pips setelah ia gagal untuk breakout Key Resistance yang berada pada harga 0.7500. Walaubagaimanapun, ia mulai kembali bullish Jumaat lalu selepas data NFP dikeluarkan (https://intraday.my/ulasan-penuh-data-non-farm-payroll-nfp-bulan-mei/ ) dan tidak berjaya untuk breakout Key Support bagi membentuk new LL.

Dan jika diperhatikan, secara teknikal pergerakan AUD/USD masih berpotensi untuk bearish ketika ini selagi ia tidak breakout Key Resistance 0.7500 dan jika breakout Key Resistance, AUD/USD akan mulai mengorak langkah untuk bullish dan mencapai ke harga yang lebih tinggi.

Jadi minggu ini, amat penting untuk memperhatikan harga AUD/USD ketika ini samaada ia akan membentuk continuation pattern untuk terus bearish ataupun ia akan breakout Key Resistance dan mulai bullish.

USDJPY – Analisa Mingguan 5 Jun – 9 Jun 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Jika harga USD/JPY breakout key Support 110.20 minggu ini, ia berpotensi tinggi untuk terus bearish dan mencapai ke harga yang lebih rendah lagi iaitu 109.30 atau ke 108.30. Key Resistance 112.00 adalah harga terbaik yang perlu diperhatikan dan selagi harga masih berada di bawah paras Key Resistance ini, kebarangkalian USD/JPY untuk terus bearish adalah tinggi ketika ini.

Oleh itu, hagra di sekitar Key Resistance dan Key Support mingguan memainkan peranan yang penting untuk diperhatikan sebarang reversal pattern/candlestick yang berlaku di sekitarnya bagi menentukan pergerakan USD/JPY pada minggu ini. Team Analisa akan update dari semasa ke semasa pergerakan USD/JPY ini di timeframe H1.

GBPJPY – Analisa Mingguan 5 Jun – 9 Jun 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Harga GBP/JPY minggu lalu bearish lebih kurang 150 pips selepas ia melakukan retracement ke sekitar harga 143.60 seperti yang dijangkakan. Mengikut momentum wave, GBP/JPY masih berpotensi tinggi untuk terus bearish ketika ini bagi membentuk new LL.

Dan jika breakout Key Support 141.80 ini, target bearish mingguan adalah ke sekitar harga 140.50/30 atau ke harga yang lebih rendah lagi. Oleh itu, peluang ‘short’ terhampir yang boleh diperhatikan ketika ini adalah di sekitar harga Resistance 143.60 – 144.00 sebelum ia bearish atau jika ia breakout Key Support terlebih dahulu, ia akan terus bearish.

Nota : Team Analisa Moshed ada menyediakan analisa seperti ini hampir setiap hari bagi TimeFrame H1. Anda berminat untuk dapatkannya? Jadi Ahli Traders Zone dengan – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat