Analisa Teknikal Mingguan 6 Mac – 10 Mac 2017

58

EURUSD – Analisa Mingguan 6 Mac – 10 Mac 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Harga EURUSD pada minggu lepas bullish selepas mencapai harga sekitar Key Support mingguan 1.0520/00. Kenaikan direkodkan lebih kurang 115 pips pada Jumaat lalu iaitu hampir ke harga tertinggi yang dicapai pada hari Isnin.

Minggu ini, Team Analisa Moshed berpendapat momentum wave masih ke arah bearish(LH,LL,LH,LL) dan berpotensi untuk terus bearish sekiranya ia tidak breakout Key Resistance mingguan iaitu 1.0680. Jika breakout Key Support 1.0500, target bearish adalah ke sekitar 1.0455 atau ke harga yang lebih rendah iaitu support seterusnya iaitu sekitar harga 1.0380.

Tetapi jika ia breakout Key Resistance 1.0680 pada minggu ini, resistance terhampir yang boleh dicapai adakah 1.0750/60. Oleh itu, harga sekitar Key Support dan Key Resistance perlu diperhatikan sepenuhnya pada minggu ini dan peluang untuk memasuki pasaran boleh diperhatikan di timeframe yang lebih kecil yang akan di update di Zon Trader.

GBPUSD – Analisa Mingguan 6 Mac – 10 Mac 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Pada minggu lepas, jika diperhatikan harga GBP/USD akhirnya telah berjaya breakout Key Support dan mencapai target bearish mingguan iaitu ke sekitar harga 1.2250.

Secara teknikal, pergerakan wave mulai membentuk ke arah bearish(LH,LL,LH,LL) dan berpotensi untuk terus bearish pada minggu ini jika ia breakout Key Support 1.2250. Dengan terbentuknnya candlestick pin bar bullish pada Jumaat lalu di sekitar harga support mingguan, ia berpotensi untuk melakukan retracement kenaikan kemungkinan ke sekitar Key Resistance 1.2400/1.2380 sebelum ia meneruskan lagi penurunan.

Oleh itu, selagi ia tidak breakout Key Resistance mingguan ini iaitu 1.2400, kebarangkalian untuk bearish adalah tinggi pada minggu ini. Dan target bearish adalah ke sekitar 1.2164/50 bagi membentuk new LL. Jadi, harga di Key Resistance adalah peluang yang perlu diperhatikan pada minggu ini untuk memasuki pasaran dan akan di update dari semasa ke semasa pergerakan/tindakan harga bagi GBP/USD di dalam Zon Trader.

AUDUSD – Analisa Mingguan 6 Mac – 10 Mac 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Secara teknikal, AUD/USD masih dalam momentum wave bullish(HL,HH,HL,HH) dan berpotensi tinggi untuk terus bullish ketika ini. Harga di sekitar Key Support iaitu 0.7530/00 adalah peluang terbaik yang boleh diperhatikan sebelum ia bullish. Selagi ia tidak dibreakout, AUD/USD berpotensi tinggi untuk bullish semula.

Target kenaikan adalah ke sekitar harga 0.7600 dan sekiranya ia breakout Key Resistance minggu ini, ia berpotensi untuk mencapai 0.7560/50 atau ke harga yang lebih tinggi. Oleh itu, Key Support minggu ini memainkan peranan yang sangat penting untuk diperhatikan samaada ia berjaya untuk dibreakout ataupun sebaliknya.

USDJPY – Analisa Mingguan 6 Mac – 10 Mac 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Pergerakan harga bagi USD/JPY minggu lalu gagal untuk breakout Key Support 111.64 bagi membentuk new LL ke harga yang lebih rendah. Ia bullish lebih kurang 230 pips dari harga sekitar 111.64 dan menutup pasaran pada harga sekitar Key Resistance minggu lalu.

Jadi, Key Support mingguan masih dikekalkan pada harga yang sama. Pada minggu ini sekiranya USD/JPY masih gagal untuk breakout Key Support, ia berpotensi tinggi untuk breakout Key Resistance pada harga 115.00. Dan target yang berpotensi dicapai adalah ke resistance terhampir iaitu 116.30.

Kesimpulannya, ketidaktentuan kekuatan matawang USD sangat mempengaruhi pergerakan USD/JPY. Secara teknikalnya, momentum wave masih ke arah bearish(LH,LL,LH,LL) dan ia dilihat berpotensi untuk terus bearish tetapi sekiranya ia masih gagal untuk breakout Key Support minggu ini, ia berpotensi untuk mulai bullish semula dan perlu diperhatikan buying signal di timeframe H1.

GBPJPY – Analisa Mingguan 6 Mac – 10 Mac 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Jika diperhatikan, harga GBP/JPY telah breakout Key Support minggu lalu dan minggu ini ia berpotensi tinggi untuk terus bearish selagi tidak breakout zone Key Resistance yang berada sekitar harga 142.00 – 142.80.

Sekiranya ia breakout Key Support mingguan iaitu 138.50 pada minggu ini, ia berpotensi untuk mencapai target ke sekitar harga 137.50/20 ataupun ke harga yang lebih rendah bagi membentuk new LL. Oleh itu, selagi ia tidak breakout Key Resistance, pasaran harga bagi GBP/JPY ketika ini masih didominasi mood bearish.

Nota : Team Analisa Moshed ada menyediakan analisa seperti ini hampir setiap hari bagi TimeFrame H1. Anda berminat untuk dapatkannya? Jadi Ahli Traders Zone dengan – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat