Analisa Teknikal Mingguan 8 Mei – 12 Mei 2017

87

EUR/USD – Analisa Mingguan 8 Mei – 12 Mei 2017 – Rujukan Chart TF Daily



Pada minggu lalu, EUR/USD berjaya untuk breakout Key Resistance bagi membentuk new HH seperti yang dijangkakan. Jadi, Team Analisa berpendapat, pergerakan momentum wave masih dikuasai mood bullish ketika ini(HL,HH,HL,HH).

Peluang untuk memasuki pasaran boleh diperhatikan di sekitar Key Support terhampir iaitu 1.0864 – 1.0900 sebelum ia meneruskan lagi kenaikan tetapi jika ia breakout terlebih dahulu Key Resistance 1.1070, EUR/USD berpotensi untuk mencapai ke harga sekitar 1.1150/50 bagi membentuk new LL.

Kesimpulannya, secara teknikal selagi harga semasa EUR/USD ini tidak breakout Key Support , ia masih berpotensi tinggi untuk ke arah bullish/uptrend pada minggu ini.

GBP/USD – Analisa Mingguan 8 Mei – 12 Mei 2017 – Rujukan Chart TF Daily



Pergerakan harga pasaran bagi GBP/USD minggu ini masih berpotensi untuk bullish dengan wave yang masih ke arah uptrend(HL,HH,HL,HH) ketika ini. Jika diperhatikan di sekitar harga 1.2750 – 1.2830 adalah harga yang berpotensi untuk GBP/USD melakukan pullback/retracement.

Jika breakout Key Resistance 1.3030, target kenaikan mingguan boleh mencapai ke sekitar harga 1.3100/20 bagi membentuk new LL. Jadi, Key Support mingguan ini memainkan peranan yang penting untuk diperhatikan bagi menentukan pergerakannya pada minggu ini.

AUD/USD – Analisa Mingguan 8 Mei – 12 Mei 2017 – Rujukan Chart TF Daily


Pada minggu lalu, harga AUD/USD bearish lebih kurang 140 pips dan telah mencapai target mingguan sekitar harga 0.7400. Jadi untuk minggu ini, Team Analisa masih berpendapat AUD/USD masih dalam mood bearish selagi ia tidak breakout Resistance 0.7535 – 0.7600 dan berpotensi untuk melakukan retracement terlebih dahulu pada awal minggu ini sebelum ia meneruskan lagi pergerakan bearish.

Target retracement adalah sekitar harga 0.7460/0.7500 terlebih dahulu sebelum ia bearish ke support terhampir iaitu 0.7380 dan jika breakout ia berpotensi untuk mencapai ke support seterusnya iaitu 0.7335. Jadi, secara teknikal mood bearish masih dikuasai oleh AUD/USD ketika ini dengan pergerakan yang masih didominasi wave LH,LL,LH,LL.

USD/JPY – Analisa Mingguan 8 Mei – 12 Mei 2017 – Rujukan Chart TF Daily



Jika diperhatikan, USD/JPY telah breakout Key Resistance minggu lalu dan membuat kenaikan dengan membentuk new HH. Jadi pada minggu ini, secara teknikal USD/JPY dilihat berpotensi untuk meneruskan lagi kenaikan dan peluang untuk ia melakukan pullback boleh diperhatikan di sekitar harga retracement iaitu 110.60 – 111.64 bagi membentuk new HL.

Dan target kenaikan mingguan adalah sekitar harga resistance terhampir iaitu 113.70 dan jika breakout, ia berpotensi untuk mencapai ke sekitar Key Resistance mingguan 115.00. Oleh itu, harga sekitar Key Support minggu ini adalah peluang terbaik yang boleh diperhatikan sebelum memasuki pasaran.

GBP/JPY – Analisa Mingguan 8 Mei – 12 Mei 2017 – Rujukan Chart TF Daily



Jika diperhatikan, GBP/JPY telah membuat kenaikan secara mendadak sejak 3 minggu yang lalu dan masih berada dalam momentum bullish ketika ini. Mengikut teknikal, dijangkakan ia akan terus bullish dan peluang untuk ia melakukan retracement adalah ke sekitar harga Key Support 144.50 sebelum ia meneruskan lagi kenaikan. Jika breakout, kemungkinan ia akan bearish ke sekitar harga 142.50 sebelum ia kembali bullish.

Dan sekiranya GBP/JPY breakout Key Resistance mingguan ini 147.30, target bullish yang berpotensi dicapai adalah ke sekitar harga 149.30 atau ke harga yang lebih tinggi lagi pada minggu ini. Oleh itu, Key Support minggu ini adalah peluang yang boleh diperhatikan untuk ia melakukan pullback sebelum bullish.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat