Analisis AUD/USD – Keluar Dari Zon Mendatar, Harga Tembus $0.6500!

157

Mata wang Asia termasuk dolar Australia dan New Zealand juga antara yang mencuri peluang untuk meneruskan pengukuhan pada awal minggu ini.

Berjaya keluar dari zon mendatar harga sebelum ini, dolar Aussie telah melanjutkan kenaikan nilainya pada Isnin semalam ke paras ketinggian terbaru 3 bulan berbanding US dolar.

Situasi penyusutan US dolar yang berterusan memberi ruang untuk dolar Aussie kekal positif sementara pelabur menilai kenyataan oleh gabenor bank pusat Australia (RBA) di sesi Asia sebentar tadi.

Gabenor Michele Bullock yang menyertai acara perbincangan panel di Hong Kong hari ini menyatakan kewaspadaan bank pusat yang menggunakan kadar faedah untuk menurunkan inflasi sementara mengimbangi kadar pengangguran.

Inflasi Australia dilihat sama seperti yang berlaku kepada ekonomi global dan dasar monetari dikekalkan pada tahap yang ketat.

Dolar Aussie dilihat meningkat susulan ucapan oleh Bullock walaupun data jualan runcit Australia yang diterbitkan sebelum itu menunjukkan penguncupan bulanan yang agak ketara berbanding angka ramalan.

Meneliti carta harga pasangan mata wang AUD/USD, harga telah meneruskan kenaikan pada awal minggu semalam melepasi paras rintangan 0.66000.

Pergerakan harga kekal stabil bergerak di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu menunjukkan trend kekal bullish.

Sehingga kenaikan diteruskan di sesi Asia pagi ini, harga telah mencapai ketinggian terbaru sekitar 0.66300 yang menjadi paras tertinggi sejak dagangan Ogos.

Dengan corak semasa yang dipaparkan, harga dilihat cenderung untuk menyambung kenaikan lebih tinggi dengan sasaran pada zon 0.67000.

Namun jika penurunan harga berlaku di bawah paras 0.6000 semula dan turut melepasi sokongan MA50, pelabur akan berhati-hati sebagai persediaan untuk perubahan trend harga.

Penurunan awal akan menuju sekitar 0.65400 sebelum kembali mencecah semula sekitar 0.65000.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat