Analisis Brent- Minyak Gagal Kekalkan Pengukuhan

145

Pengukuhan dalam dagangan minyak mentah tampaknya berkurangan, memperlihatkan kedua-dua penanda aras merosot pada hari Khamis.

Niaga hadapan minyak WTI Amerika Syarikat didagangkan turun pada $72.70 setong, manakala dagangan minyak Brent pula sedikit susut pada $77.20 setong.

Terdahulu, komoditi hitam itu telah mendapat sokongan daripada pengurangan eksport minyak Kurdistan Iraq berikutan pertikaian yang melibatkan pihak berkuasa Kurdish.

Hal ini telah menyebabkan eksport sekitar 400,000 tong sehari dari pelabuhan Ceyhan di Turki terpaksa dihentikan.

Selain itu, harga minyak turut disokong oleh sentimen pasaran yang bertambah baik susulan kebimbangan krisis perbankan global yang semakin mereda.

Meneliti pergerakan pada carta harga XBR/USD, harga kembali berundur dari paras rintangan 78.50 setelah gagal menembusinya lebih jauh.

Penurunan harga dilihat menghampiri paras 77.00 dan menyambung dagangan pada hari ini harga masih perlahan berlegar di paras tersebut.

Sekiranya penyusutan diteruskan, harga mungkin akan menembusi paras sokongan 77.00 yang berjaya dilepasi sebelum ini dan seterusnya menuju ke sekitar harga 74.50.

Namun, jika harga berhasil membuat kenaikan semula, paras 78.50 mungkin akan menjadi tumpuan untuk diuji kembali.

Sekiranya dapat menembusi paras tersebut, harga berupaya untuk menyambung peningkatan ke paras 80.50 yang terakhir kali disentuh pada pertengahan Mac.

Lihat gambar carta harga pasangan XTI/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat