Analisis EUR/JPY – Zon ¥138.00 Asyik ‘Reject’ Je Bila Harga Turun

33

Carta harga pasangan mata wang EUR/JPY menunjukkan reaksi harga yang menarik di satu zon penting ini yang menjadi zon support buat harga.

Zon yang dimaksudkan adalah sekitar 138.00 yang menyaksikan beberapa kali lantunan kuat harga berlaku apabila turun menyentuh zon tersebut.

Rabu menyaksikan pergerakan harga harian yang drastik disebabkan oleh reaksi pasaran terhadap keputusan mesyuarat bank pusat Jepun.

Bank of Japan (BOJ) memutuskan untuk mengekalkan dasar monetari yang longgar, meleset berbanding jangkaan perubahan dengan kadar faedah juga kekal di paras -0.10%.

Ini telah mendorong penyusutan ketara berlaku pada mata wang Yen, namun berjaya didagangkan stabil semula ke paras sebelum lonjakan nilainya itu.

Dapat diperhatikan harga telah melonjak dari zon 138.00 hingga mencapai ketinggian 141.600 pada Rabu lalu, namun kembali susut semula menuju zon support 138.00 bersambung pada dagangan Khamis semalam.

Sekali lagi zon tersebut ‘reject’ harga memaparkan lantunan semula dan menyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini (Jumaat), harga telah melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk isyarat bullish.

Kenaikan diteruskan ke sesi Eropah menguji sekitar paras 140.00 dengan jangkaan kenaikan lebih tinggi akan berlaku pada sesi New York untuk menutup dagangan minggu ini.

Namun, adakah harga mampu mencapai semula ketinggian pada Rabu lalu?

Jika berjaya mengatasinya, harga akan meneruskan pergerakan trend bullish itu menuju pula zon rintangan yang berada pada 143.00.

Sebaliknya jika harga kembali menjunam, zon penting 138.00 akan sekali lagi diuji dan reaksi harga pada zon tersebut akan diperhatikan sama ada mampukah melantunkan semula harga naik ke atas.

Jika gagal, harga yang tembus lebih rendah dilihat akan memasuki zon tumpuan antara 137.500 hingga 136.600.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat