US dolar menunjukkan pergerakan bercampur pada Selasa semalam, namun akhirnya kembali papar pengukuhan pada penutup dagangan sesi New York.
Tumpuan telah terarah kepada terbitan data jualan runcit Amerika Syarikat (AS) untuk Julai dengan bacaan menunjukkan angka yang meningkat, menyokong US dolar untuk kekalkan prestasi yang positif.
Minit mesyuarat FOMC akan diteliti pada laporan yang diterbitkan pada jam 2 pagi nanti yang boleh mempengaruhi pergerakan US dolar selanjutnya.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/usd-menjelang-minit-fomc
Jika diteliti pada carta pasangan mata wang EUR/USD, ada peningkatan harga semalam ke paras 1.09500 namun harga kembali ditekan turun semula 50 pips.
US dolar yang masih menunjukkan pengukuhannya menekan harga ke paras penting 1.09000 semula dan pergerakan harga mendatar sekitar tersebut pada dagangan sesi Asia pagi ini (Rabu).
Juga harga yang bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu menandakan isyarat untuk pergerakan yang masih bearish.
Jika penurunan lanjut harga berlaku di bawah zon 1.09000, harga boleh mencecah ke zon sasaran berikutnya pada 1.08000.
Penurunan ke paras tersebut juga akan mencatatkan paras terendah terbaru harga dalam tempoh dagangan 9 minggu.
Sebaliknya, jika secara tiba-tiba harga pamerkan lonjakan, melepasi halangan MA50 akan mendorong harga naik semula ke paras rintangan 1.10000.
Jika paras tersebut juga berjaya ditembusi, harga bakal menuju zon tumpuan pada 1.10400 yang masih mengekang harga melanjutkan kenaikan ke paras lebih tinggi untuk beberapa minggu ini.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG