Walaupun corak pergerakan harga perlahan, namun carta pasangan mata wang EUR/USD pada dagangan Selasa semalam tetap berjaya catatkan paras ketinggian terbaru 4 bulan.
Euro berjaya mengekalkan pengukuhannya berbanding US dolar yang sedang bergerak dalam tekanan didorong kesan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan minggu lalu.
Mengembalikan semula jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) menuju ke arah pelonggaran dasar monetari, data pertumbuhan ekonomi suku ketiga dan indeks harga PCE catat bacaan angka yang suram.
Selepas harga pada carta EUR/USD berjaya lepasi paras rintangan 1.10000 minggu lalu, kenaikan telah diteruskan ke paras ketinggian baru sekitar 1.10400.
Menyambung dagangan pada pembukaan Selasa semalam, harga bermula sekitar paras 1.10000 dan meningkat sedikit melepasi paras ketinggian minggu lalu itu.
Walaupun tidak menunjukkan lonjakan harga yang ketara, namun paras ketinggian terbaru masih berjaya dicatatkan.
Pergerakan harga juga kekal berada dalam trend bullish yang bergerak di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut.
Dengan corak yang dipaparkan ini, kenaikan harga dijangka akan masih diteruskan namun pada kadar yang perlahan.
Sasaran adalah untuk mencapai sekitar zon 1.10700 hingga ke 1.11000.
Namun waspada jika harga mula bergerak turun di bawah garisan MA50 untuk tanda-tanda awal perubahan arah harga.
Penurunan lebih rendah di bawah paras 1.10000 semula akan menjadi amaran kepada pelabur untuk kejatuhan lebih parah selepas itu.
Berkemungkinan zon terhampir yang akan menjadi tumpuan adalah sekitar 1.09000, namun dengan jangkaan pergerakan harga yang perlahan di minggu terakhir 2023 ini akan menyukarkan harga menuju ke zon tersebut.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG