Jika US dolar melemah pada pembukaan awal minggu, raja mata wang itu kembali paparkan pengukuhannya semula pada dagangan Selasa semalam.
US dolar disokong oleh ucapan Presiden Federal Reserve (Fed) Richmond, Thomas Barkin yang dilihat lebih cenderung ke arah yang hawkish, di mana dalam kenyataannya, bergantung pada situasi semasa bank pusat berkemungkinan perlu mengekalkan langkah pengetatan dasar monetari.
Setelah mengukuh di awal sesi New York, US dolar mula bertenang menuju penghujung sesi susulan data jualan rumah Amerika Syarikat (AS) untuk bulan Julai catat angka yang lebih rendah berbanding ramalan.
Kebimbangan menjelang persidangan Simposium Jackson Hole dijangka akan terus membuatkan pergerakan harga dalam keadaan tidak menentu selain data-data PMI pembuatan dan perkhidmatan yang diterbitkan akan turut dipantau.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-usd-sekejap-lemah-sekejap-kuat#t=0:00
Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, corak kenaikan di awal minggu mula berubah, menyambung semula pergerakan bearish minggu lalu.
Harga yang telah membuat kenaikan mencapai paras 1.09300 di sesi Eropah kemudiannya telah menjunam hampir 100 pips.
Harga mencecah paras sekitar 1.08330 telah mengatasi paras minggu lalu, sekaligus mencatatkan paras terendah terbaru 10 minggu.
Pergerakan harga mendatar di penutup sesi New York sehingga menyambung dagangan di awal sesi Asia pagi ini (Rabu), namun harga yang berada di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu memberi petunjuk bearish.
Dengan momentum terjunan semalam, harga dijangka akan menyambung penurunan menuju ke sasaran 1.08000 untuk pelabur perhatikan reaksi harga di zon penting tersebut.
Namun jika berlaku lonjakan semula, zon 1.09000 masih akan menjadi rintangan yang perlu diuji di mana kenaikan harga semalam juga gagal untuk melepasinya.
Sekiranya harga berjaya tembus zon tersebut, kenaikan bakal diteruskan menuju ke paras tumpuan lebih tinggi iaitu sekitar 1.10000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG