US dolar memulakan dagangan dengan suram di awal minggu dengan penyusutan nilainya semalam memberi isyarat awal untuk trend keuntungan 8 minggu berturut-turut sebelum ini mungkin akan berakhir.
Arah pergerakan US dolar masih belum jelas lagi sementara pelabur berwaspada menantikan data penting minggu ini iaitu indeks harga pengguna (CPI) Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan pada Rabu.
Ini akan menjadi kompas utama untuk Federal Reserve (Fed) membuat keputusan dalam penetapan dasar monetari mereka pada mesyuarat FOMC minggu hadapan.
Mata wang Euro meningkat semalam memanfaatkan penyusutan US dolar, namun data tinjauan ZEW Jerman pada sesi Eropah sebentar lagi dijangka akan memberi kesan terhadap pergerakan harga.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/usd-slow-di-awal-minggu
Meneliti pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga telah menunjukkan corak kenaikan menyambung dagangan di awal minggu ini setelah pergerakan harga yang agak mendatar minggu lalu.
Zon 1.07000 dilihat sebagai support semasa buat harga yang menghalang daripada kejatuhan lebih rendah.
Pergerakan harga yang berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu menambah petunjuk trend bullish buat harga.
Kenaikan harga jika diteruskan dilihat akan menguji rintangan terhampir iaitu di zon 1.08000 yang turut menjadi tumpuan minggu lalu.
Jika rintangan tersebut juga mampu ditembusi, harga boleh mencapai ke paras lebih tinggi lagi minggu ini dengan sasaran adalah menuju 1.08800 dan 1.09000.
Namun, jika harga berpatah arah membuat penurunan semula, harga yang jatuh di bawah sokongan MA50 dan zon 1.07000 akan mencetus isyarat bearish buat harga semula.
Penurunan bakal dilanjutkan untuk menuju ke sasaran 1.06000 pula untuk catatkan paras terendah terbaru 6 bulan.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG