Semakin mendebarkan para pelabur menuju dagangan penghujung minggu yang pasti lebih bergelora, mata wang US dolar pada sesi New York semalam sudahpun garang menunjukkan belangnya.
Pergerakan harga memberi reaksi kepada data ekonomi yang diterbitkan dan mendorong jangkaan terhadap dasar monetari Federal Reserve (Fed) untuk mesyuarat September nanti.
Data indeks harga rumah diterbitkan agak baik di awal sesi, namun data keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS) serta tawaran pekerjaan JOLTS adalah mengecewakan.
US dolar yang pada mulanya paparkan pengukuhan kemudiannya melemah dengan lebih ketara hingga berlarutan ke penghujung sesi New York.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-apa-hal-usd-junam-30-8#t=0:00
Dapat diperhatikan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga membuat penurunan awal dan sedikit melepasi paras 1.08000.
Namun, gagal meneruskan penurunan, harga melantun naik di atas paras 1.08000 sehingga kenaikan sekitar 100 pips mencapai 1.08900.
Pergerakan harga perlahan pada ketinggian tersebut menyambung dagangan sesi Asia pagi ini (Rabu), dengan jangkaan pergerakan bullish akan diteruskan berikutan harga berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu.
Kenaikan harga dijangka akan menguji zon rintangan pada 1.09000 dan jika berjaya tembus ke paras lebih tinggi, tumpuan akan terarah kembali pada paras 1.10000.
Sebaliknya jika berlaku penurunan semula harga, paras 1.08000 akan kembali dituju dan reaksi harga pada sekitar itu akan diperhatikan.
Jika tembus lebih rendah, harga berisiko untuk jatuh hingga ke paras 1.07000 dan mencatatkan paras terendah terbaru 12 minggu.
Pelabur bakal lebih berwaspada hari ini menjelang data pekerjaan ADP serta data pertumbuhan ekonomi (GDP) AS yang bakal diterbitkan di sesi New York sebentar lagi.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG