Analisis Fundamental & Sentimen Matawang AUD Hari Ini (15 Ogos 2018)

288

FUNDAMENTAL: NEUTRAL

  • Klik disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru Reserve bank Australia ).
  • Reserve Bank of Australia (RBA) mengekalkan kadar faedah di Australia seperti jangkaan 1.50% dengan kenyataan yang agak positif.
  • Mesyuarat RBA seterusnya adalah pada 4 September 2018.
  • Data ekonomi tumpuan bank pusat RBA adalah GDP, Unemployment dan CPI. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat RBA (Unjuran bank pusat RBA – Muka surat 2 ).
  • Kadar faedah yang rendah terus menyokong ekonomi Australia.
  • Ramalan utama adalah untuk inflasi menjadi lebih tinggi pada 2019 dan 2020 daripada sekarang.

DATA EKONOMI TUMPUAN RBA

  • Ekonomi Australia berkembang 3.1% pada suku pertama 2018, berbanding pengembangan 2.4% pada suku sebelumnya dan di atas jangkaan pertumbuhan 2.8%. Ia adalah kadar pertumbuhan tahunan terpantas sejak Q2 2016.
  • Kadar pengangguran di Australia turun kepada 5.4% pada bulan Mei 2018 daripada 5.6% pada bulan sebelumnya manakala jangkaan pasaran adalah 5.5%.
  • Inflasi harga pengguna (CPI) Australia meningkat kepada 2.1% daripada 1.9% sebelumnya manakala pasaran menjangkakan kenaikan 2.2%.

PLAN: SELL AUD

  • RBA menjangkakan inflasi akan perlahan sehingga 1.75% menjelang akhir tahun ini, turun dari ramalan sebelumnya sebanyak 2.00%.
  • Data jualan runcit dan pengeluaran industri oleh China gagal mencapai jangkaan pasaran sekaligus memberi kesan kepada Australia.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat