Analisis Fundamental & Sentimen Matawang AUD Hari Ini (20 September 2018)

214

FUNDAMENTAL: NEUTRAL

  • Klik disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru Reserve bank Australia ).
  • Reserve Bank of Australia (RBA) mengekalkan kadar faedah di Australia seperti jangkaan 1.50% dengan kenyataan yang neutral.
  • Mesyuarat RBA seterusnya adalah pada 2 Oktober 2018.
  • Data ekonomi tumpuan bank pusat RBA adalah GDP, Unemployment dan CPI. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat RBA (Unjuran bank pusat RBA – Muka surat 2 ).
  • Kadar faedah yang rendah terus menyokong ekonomi Australia.
  • Kebimbangan terhadap kenaikan kadar faedah di empat bank utama Australia akan mendorong RBA memotong (bukan menaikkan) kadar faedahnya.

DATA EKONOMI TUMPUAN RBA

  • Ekonomi Australia berkembang 3.4% pada suku kedua 2018 berbanding suku tahun sebelumnya iaitu 3.1%.
  • Inflasi harga pengguna (CPI) Australia meningkat kepada 2.1% daripada 1.9% sebelumnya manakala pasaran menjangkakan kenaikan 2.2%.
  • Kadar pengangguran di Australia turun ke 5.3% pada Julai daripada 5.4% sebelumnya. Dibawah jangkaan bank pusat iaitu 5.5%.

PLAN: BUY AUD

  • Data pekerjaan di Australia mencatatkan rekod bacaan yang positif.
  • Tumpuan utama pasaran ketika ini adalah kepada pertelagahan AS-China yang sedikit reda selepas kedua-dua negara mengenakan tarif yang lebih rendah dari jangkaan.
  • Komen dari Premier Li bahawa China tidak akan menurunkan nilai Yuan.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat