Analisis Fundamental & Sentimen Matawang CAD Hari Ini (12 April 2019)

180

FUNDAMENTAL: DOVISH

  • Bank of Canada (BOC) mengekalkan kadar faedah pada 1.75% seperti jangkaan.
  • Mesyuarat BOC seterusnya adalah pada 24 April 2019.
  • Data ekonomi tumpuan BOC adalah CPI, Employment dan GDP.
  • BOC berkata terdapat peningkatan ketidakpastian mengenai kenaikan kadar faedah pada masa depan.
  • BoC menjangkakan ekonomi Kanada akan lemah pada separuh tahun pertama 2019 berbanding jangkaan pada Januari lalu.

DATA EKONOMI TUMPUAN BANK OF CANADA

  • Pertumbuhan KDNK Tahunan di Kanada menurun kepada 0.4% pada suku keempat 2018 daripada 2.0% pada suku ketiga 2018.
  • Kadar pengangguran di Kanada adalah pada 5.8% pada bulan Mac 2019, tidak berubah dari bulan sebelumnya dan selaras dengan jangkaan pasaran.
  • Kadar inflasi tahunan di Kanada meningkat kepada 1.5% pada Februari 2019 daripada 1.4% pada bulan sebelumnya.

JANGKAAN: BULLISH CAD.

  • Harga minyak mentah mengukuh, disokong oleh pemotongan bekalan yang berterusan oleh OPEC dan sekatan terhadap pengeksport minyak Iran dan Venezuela.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat