Analisis Fundamental & Sentimen Matawang CAD Hari Ini (25 September 2018)

210

FUNDAMENTAL: HAWKISH

  • Klik disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru Bank of Canada ).
  • Bank of Canada (BOC) menaikkan kadar faedah daripada 1.25% kepada 1.50% seperti jangkaan dan menyampaikan kenyataan yang agak hawkish (baik).
  • Mesyuarat BOC seterusnya adalah pada 24 Oktober 2018.
  • Data ekonomi tumpuan BOC adalah CPI, Employment dan GDP. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat BOC (Unjuran bank pusat BOC – Muka surat 12 ).
  • BOC: Mengjangkakan kadar inflasi akan mencapai 2% pada awal 2019.
  • BOC: Pelaburan perniagaan, aktiviti eksport, pekerjaan dan penggunaan semakin meningkat.

DATA EKONOMI TUMPUAN BANK OF CANADA

  • Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) di Kanada meningkat 2.30% pada suku pertama 2018 sekaligus melebihi unjuran bank pusat Canada iaitu 1.9%.
  • Kanada mengeluarkan laporan pekerjaan yang lebih kukuh daripada jangkaan dengan kenaikan besar sebanyak 54,100 pekerjaan dan kadar pengangguran turun kepada 5.8 peratus pada bulan Julai.
  • Kadar inflasi di Kanada jatuh kepada 2.8% pada bulan Ogos 2018 daripada 3% pada bulan Julai namun ia melebihi sasaran Bank of Canada iaitu 2.0%.

PLAN: BUY CAD.

  • Harga minyak mentah melonjak selepas OPEC menolak kemungkinan kenaikan pengeluaran minyak mentah.
  • Data inflasi dan jualan runcit di Kanada positif secara keseluruhan.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat