Analisis Fundamental & Sentimen Matawang GBP Hari Ini (24 Julai 2018)

516

FUNDAMENTAL: NEUTRAL

  • Klik disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru Bank of England )
  • 3 daripada 9 orang ahli Bank of England termasuk Ketua Ekonomi mengundi untuk kenaikan kadar faedah di UK berbanding 2 undi dalam mesyuarat sebelumnya.
  • Mesyuarat BOE seterusnya adalah pada 2 Ogos 2018.
  • Data ekonomi tumpuan Bank of England adalah GDP, CPI dan Unemployment. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat Bank of England (Unjuran bank pusat BOE – Muka surat 43 ).
  • Ketua ekonomi Bank of England iaitu Andy Haldane menyokong kenaikan kadar faedah di UK.
  • Kadar pertumbuhan GDp dan inflasi menunjukkan angka yang lebih lemah, manakala kadar penggangguran berada pada tahap terendah sejak 42 tahun.
  • Kegawatan politik dan perundingan Ireland yang menimbulkan rundingan Brexit.

DATA EKONOMI TUMPUAN BANK OF ENGLAND

  • Data GDP y/y mencatatkan penurunan kepada 1.2% daripada 1.4% berbanding suku tahun sebelumnya.
  • Kadar pengangguran di UK berjumlah 4.2 peratus dalam tempoh tiga bulan hingga April 2018, sama seperti pada tempoh sebelumnya dan terendah sejak tahun 1975.
  • Inflasi harga pengguna di UK berjumlah 2.4% pada Jun 2018, tidak berubah dari bulan sebelumnya dan di bawah jangkaan pasaran sebanyak 2.6% peratus.
  • Jualan runcit di U.K meleset kepada -0.5% berbanding 0.2% jangkaan. 1.4% sebelumnya. (Impak kepada data ekonomi GDP)

PLAN: SELL GBP.

  • Ketidaktentuan isu Brexit. UK akan menghadapi masalah yang besar yang akan memerlukan pemotongan kadar faedah jika senario no-deal Brexit berlaku.
  • Salah satu data ekonomi tumpuan BOE iaitu inflasi gagal mencapai sasaran jangkaan pasaran dan BOE pada sesi Eropah petang semalam. Sekaligus tidak menyokong untuk BOE menaikkan kadar faedah pada 2 Ogos ini.
  • Data jualan runcit di U.K keluar meleset dari jangkaan dan sebelumnya. Kebarangkalian tinggi akan terkesan kepada penurunan data GDP.
Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat