Analisis Fundamental & Sentimen Matawang NZD Hari Ini (1 April 2019)

241

FUNDAMENTAL: DOVISH

  • RBNZ mengekalkan kadar faedah pada 1.75% dengan intonasi yang dovish.
  • Mesyuarat RBNZ seterusnya adalah pada 8 Mei 2019.
  • Data tumpuan ekonomi RBNZ adalah GDP dan CPI.
  • Para penggubal dasar mengatakan prospek ekonomi global yang lemah, terutamanya di kalangan beberapa rakan dagangan utama serta penurunan momentum dalam perbelanjaan domestik, kebarangkalian untuk langkah bank pusat seterusnya adalah dengan memotong kadar faedah.

DATA EKONOMI TUMPUAN RBNZ

  • KDNK di New Zealand hanya berkembang sebanyak 2.3% secara tahunan pada suku tahun keempat 2018, turun daripada 2.6% pada tempoh sebelumnya dan di bawah jangkaan pasaran sebanyak 2.5%.
  • Kadar inflasi meningkat kepada 1.9% pada suku keempat 2018, melebihi jangkaan pasaran 1.8%.
  • Kadar pengangguran New Zealand meningkat kepada 4.30% pada suku tahun keempat daripada 3.90% pada suku tahun ketiga 2018.

JANGKAAN: BULLISH NZD.

  • Sentimen pasaran Asia hari ini menaik tinggi ekoran terdapat kemajuan dalam perbincangan perdagangan AS-China.
  • Data tinjauan perkilangan PMI China berkembang positif.
Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat