Analisis Fundamental & Sentimen Matawang USD Hari Ini (22 Februari 2019)

396

FUNDAMENTAL: DOVISH

  • Klik di sini untuk melihat ( Polisi monetari terbaru Federal Reserve )
  • Bank pusat U.S. iaitu Federal Reserve mengekalkan kadar faedahnya pada 2.50% dengan nada yang dovish.
  • Mesyuarat FOMC seterusnya adalah pada 21 Mac 2019.
  • Data ekonomi tumpuan bank pusat FED adalah CPI (Inflasi), Unemployment (pengangguran) dan GDP (pertumbuhan ekonomi). Rujuk disini untuk unjuran bank pusat FED yang terbaru ( Unjuran bank pusat FED yang terbaru )
  • FED berkata mereka akan bersabar dalam meningkatkan kadar faedah tahun ini kerana peningkatan ketidakpastian mengenai prospek ekonomi Amerika Syarikat.

DATA EKONOMI TUMPUAN FEDERAL RESERVE

  • Kadar pengangguran AS meningkat kepada 4% pada Januari 2019 daripada 3.9% sebelum ini.
  • Ekonomi AS mencatatkan 3.5% tahunan pada suku pada suku ketiga 2018, mengatasi jangkaan pasaran sebanyak 3.3%.
  • Kadar inflasi tahunan di Amerika Syarikat berkurangan untuk bulan ketiga berturut-turut kepada 1.6% pada bulan Januari 2019 daripada 1.9% pada bulan Disember. Ia adalah kadar terendah sejak Jun tahun 2017.

PLAN: BUY USD.

  • Minit mesyuarat FOMC agak positif. FOMC berkata ekonomi Amerika Syarikat dan pasaran buruh terus mengukuh serta kadar inflasi menghampiri sasaran.
  • Data pesanan barangan tahan lama pada malam ini dijangka mengukuh dan akan memberi gambaran terhadap sektor perkilangan AS.
  • Sentimen pasaran yang risk-off akan meningkatkan permintaan terhadap USD.
Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat