Analisis Fundamental & Sentimen Matawang USD Hari Ini (9 ogos 2018)

604

FUNDAMENTAL: HAWKISH

  • Klik di sini untuk melihat ( Polisi monetari terbaru Federal Reserve )
  • Bank pusat U.S. iaitu Federal Reserve mengekalkan kadar faedah pada 2 Ogos di paras 2.00% dengan kenyataan yang baik (hawkish).
  • Mesyuarat FOMC seterusnya adalah pada 27 September 2018.
  • Data ekonomi tumpuan bank pusat FED adalah CPI (Inflasi), Unemployment (pengangguran) dan GDP (pertumbuhan ekonomi). Rujuk disini untuk unjuran bank pusat FED yang terbaru (Unjuran bank pusat FED yang terbaru)
  • FOMC berkata bahawa aktiviti ekonomi meningkat pada kadar yang kuat.
  • Perbelanjaan isi rumah dan pelaburan tetap perniagaan telah meningkat dengan pesat.

 DATA EKONOMI TUMPUAN FEDERAL RESERVE

  • Kadar inflasi di AS meningkat kepada 2.9% pada bulan Jun 2018 daripada 2.8% pada bulan Mei.
  • Kadar pengangguran AS turun kepada 3.9 peratus pada Julai 2018 daripada 4.0 peratus pada bulan Jun.
  • Ekonomi AS mencatatkan pertumbuhan tahunan sebanyak 4.1 peratus pada suku tahun kedua pada 2018, jauh melebihi perkembangan 2.2 peratus yang meningkat pada tempoh sebelumnya dan selaras dengan jangkaan pasaran.
  • Purata pendapatan meningkat 0.3% pada bulan Julai selepas meningkat 0.1% pada bulan Jun. (Impak kepada inflasi)

PLAN: SELL USD

  • Ketegangan isu geopolitik antara Amerika Syarikat dan Iran. Trump mengatakan bahawa sekatan terhadap Iran secara rasminya telah dilancarkan.
  • Isu tarif antara AS dan China semakin meningkat.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat