Carta harga pasangan mata wang GBP/JPY menunjukkan penurunan ke paras terendah terbaru minggu lalu, namun tidak melanjutkan kejatuhan di penghujung minggu.
Kenapa terjadi sebegitu?
Ini didorong oleh reaksi pasaran terhadap keputusan mesyuarat polisi oleh kedua-dua bank pusat Jepun (BOJ) dan England (BOE).
Minggu lalu, BOE mengejutkan pasaran dengan tidak menaikkan kadar faedah yang kekal di paras 5.25%, menamatkan langkah kenaikan kadar sebanyak 14 kali berturut-turut sebelum ini.
Mata wang Pound ketara susut selepas keputusan mesyuarat tersebut pada Khamis.
Keesokannya pada Jumaat, BOJ pula tampil dengan keputusan yang tidak berubah dengan kadar dikekalkan rendah pada -0.10% dan dasar kekal longgar.
Justeru, Yen yang turut melemah kembali mengimbangi kejatuhan harga pada carta GBP/JPY sebelum itu.
Pada awal minggu lepas, harga berlegar di sekitar paras 183.300 sebelum menjunam ke 181.00 susulan reaksi mesyuarat BOE.
Namun, kejatuhan tidak diteruskan apabila Yen yang melemah selepas itu meningkatkan sedikit harga ke sekitar 182.00.
Namun, harga masih menunjukkan pergerakan bearish apabila halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut gagal untuk diatasi.
Bersambung sehingga dagangan pembukaan awal minggu ini, harga bergerak perlahan di bawah zon 182.00 dan turut terhalang oleh MA50.
Penganalisis pasaran menjangkakan kecenderungan harga akan lebih terarah ke arah penurunan dengan kebarangkalian untuk paras terendah terbaru bakal dicatatkan.
Sekiranya harga turun melepasi 181.00, penurunan lanjut harga boleh disasarkan untuk menuju sehingga sekitar zon 179.00.
Namun, jika Yen lebih parah berbanding Pound, harga boleh meningkat semula untuk didagangkan melepasi paras 182.00.
Sekiranya rintangan itu ditembusi, harga bakal menuju semula ke paras 183.300 yang menjadi tumpuan minggu lalu sebelum terjunan harga berlaku.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG