Carta harga pasangan mata wang GBP/USD menyaksikan pergerakan harga semalam berlegar di paras tumpuan ketika corak berbeza dipaparkan di sesi Eropah dan New York.
Tiada faktor yang dilihat mempengaruhi mata wang Pound ketika ini di mana pergerakan harga lebih dipacu oleh US dolar berikutan beberapa faktor yang menjadi perhatian pasaran.
Pengukuhan US dolar pada mulanya disokong oleh kenyataan bernada hawkish Gabenor Federal Reserve (Fed) Michele Bowman terhadap dasar monetari selain sentimen berisiko pasaran disebabkan data ekonomi China yang merosot.
Namun, US dolar kembali didagangkan lemah pada sesi New York apabila Presiden Fed Philadelphia Patrick Harker hadir dengan pandangan dovish beliau bahawa pengetatan dasar oleh bank pusat berkemungkinan sudah tidak akan diteruskan.
Malah, beliau yang melihat bank pusat bakal melaksanakan pemotongan kadar faedah pada tahun hadapan membuatkan pengukuhan US dolar kembali terbantut.
Seterusnya data inflasi Amerika Syarikat (AS) pada Khamis dan data pertumbuhan ekonomi (GDP) UK pada Jumaat akan diberi tumpuan untuk pelabur melihat kesan ke atas pergerakan harga di carta GBP/USD.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-situasi-terkini-pasaran-fx
Penurunan sekitar 100 pips semalam telah kembali menguji semula paras tumpuan 1.27000 seperti yang dijangkakan dan berlaku reaksi menarik di zon tersebut.
Harga telah melantun naik semula sebelum terhalang oleh paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut sebelum menutup dagangan sesi New York sekitar 1.27500.
Pergerakan harga mendatar di sekitar itu menyambung pembukaan sesi Asia pagi ini (Rabu), namun cuba memaparkan kenaikan untuk melepasi halangan MA50.
Sekiranya kenaikan berjaya diteruskan, paras rintangan pada 1.27900 dilihat menjadi paras kritikal untuk diuji sebelum harga berikan petunjuk pergerakan yang lebih bullish.
Kenaikan bakal dilanjutkan untuk kembali mencapai sasaran menuju zon rintangan pada 1.29000 sebelum ini.
Namun jika sebaliknya penurunan harga yang terjadi, sekali lagi paras sokongan 1.27000 dilihat bakal diuji harga.
Jika tembus, harga bakal menuju semula zon support 1.26000 setelah penurunan minggu lalu gagal melepasi zon tersebut yang melonjakkan kembali harga naik.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG