Situasi pengukuhan semula US dolar yang dipaparkan pada dagangan Selasa semalam, kebanyakan mata wang utama yang lain kembali ditekan semula termasuklah Pound Sterling.
Presiden Federal Reserve (Fed) Richmond, Thomas Barkin menyampaikan pandangan yang cenderung hawkish berkenaan dasar monetari, telah menyokong pengukuhan semula US dolar dalam suasana pasaran yang masih berisiko.
Namun, pelabur akan kekal berwaspada untuk kebarangkalian US dolar boleh melemah semula dalam ketidaktentuan menuju persidangan Simposium Jackson Hole minggu ini.
Dagangan pada hari ini (Rabu) akan memberi tumpuan seketika untuk terbitan data PMI pembuatan dan perkhidmatan di UK dan juga Amerika Syarikat (AS) yang akan mempengaruhi kedua-dua mata wang Pound dan US dolar.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-usd-sekejap-lemah-sekejap-kuat
Jika diperhatikan pada carta pasangan mata wang GBP/USD, harga telah pun membuat kenaikan semalam menyentuh tepat paras 1.28000.
Menepati ramalan reaksi yang menarik harga akan dipaparkan di zon penting ini, harga telah melantun turun semula sekitar 80 pips dan mengakhiri dagangan sesi New York di paras 1.27300.
Terjunan harga telah kembali melihatkan pergerakan di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut untuk isyarat bearish.
Sedikit kenaikan perlahan di sesi Asia pagi ini ke paras 1.27500, harga dilihat menguji halangan MA50.
Harga dijangka akan menyambung semula penurunan lebih rendah dan menguji support 1.27000 yang masih lagi kekal mengekang kejatuhan harga.
Sekiranya harga telah tembus di bawah paras tersebut, berkemungkinan pergerakan bearish harga lebih jelas dipamerkan menuju sasaran terbaru pada zon 1.26000.
Namun, jika harga kembali membuat kenaikan semula, masih lagi zon 1.28000 akan diuji sebagai rintangan semasa yang perlu ditembusi.
Jika berjaya, kenaikan boleh dilanjutkan untuk harga mencapai paras ketinggian 1.29000 semula yang sebelum ini juga menjadi paras tumpuan.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG