Tiada perubahan pada pergerakan carta pasangan mata wang GBP/USD, corak bullish harga masih dikekalkan sehingga dagangan Rabu semalam.
Paras ketinggian terbaru berjaya dicapai di sesi Eropah, namun pengukuhan US dolar di awal sesi New York telah menekan harga turun semula.
Pergerakan turun naik harga itu dipengaruhi oleh faktor yang mempengaruhi kekuatan nilai US dolar dalam pasaran dengan tumpuan terbaru adalah terhadap data inflasi pengguna Amerika Syarikat (AS).
Di awal sesi New York, data indeks harga pengeluar (PPI) AS yang diterbitkan dengan yang baik berbanding ramalan untuk September, telah menguatkan US dolar seketika.
Namun, tidak kekal lama apabila US dolar melemah semula setelah pasaran meneliti butiran minit mesyuarat FOMC yang diterbitkan.
Justeru, setelah penurunan harga berlaku pada carta GBP/USD semalam, harga melantun naik semula di atas paras 1.23000 dan harga perlahan menyambung dagangan sesi Asia pagi ini (Khamis).
Isyarat masih kekal bullish dengan pergerakan harga tetap berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Sekiranya kenaikan diteruskan mengatasi ketinggian 1.33700 yang dicapai semalam, paras tumpuan seterusnya adalah pada 1.24000 untuk dicapai.
Jika data pertumbuhan ekonomi UK yang diterbitkan di sesi Eropah sebentar lagi menyokong mata wang Pound untuk kukuh, harga boleh meneruskan kenaikan lebih tinggi.
Sebaliknya, jika situasi berbeza, penurunan harga boleh berlaku dan isyarat-isyarat perubahan trend akan diperhatikan.
Jatuh di bawah paras 1.23000 dan kemudiannya menembusi sokongan MA50 akan menjangkakan kejatuhan harga akan bermula semula.
Penurunan bakal menuju paras 1.2200 dan reaksi harga di sekitar tersebut akan dinilai bagi petunjuk pergerakan harga selanjutnya.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG