Penyusutan US dolar turut memberi ruang mata wang Pound meningkat pada dagangan awal minggu menyaksikan pergerakan menaik harga pada carta pasangan GBP/USD semalam.
Pelabur perlu berwaspada untuk pergerakan bagi kedua-dua mata wang tersebut berikutan arah pergerakan harga bakal dipengaruhi oleh keputusan mesyuarat FOMC dan juga Bank of England (BOE) minggu ini.
Selain itu juga, laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) untuk bulan Oktober akan turut dijangka memberi impak kepada pergerakan pasaran di penghujung minggu.
Meneliti pergerakan harga pada Isnin semalam, harga sempat turun menguji seketika paras sokongan pada 1.21000 sebelum melantun membuat kenaikan di sesi Eropah bersambung ke sesi New York.
Kenaikan harga telah melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu hingga mencapai ketinggian sekitar 1.21730 di penghujung sesi New York.
Namun harga yang menyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini (Selasa) menunjukkan pengunduran semula ke sekitar 1.21400 untuk menguji paras sokongan MA50.
Sekiranya kenaikan harga berjaya diteruskan semula, paras sasaran terhampir untuk dicapai adalah pada sekitar 1.22000.
Seterusnya, kenaikan lebih tinggi harga yang diteruskan lagi dijangka untuk mencapai ke zon rintangan pada 1.23000.
Sebaliknya, jika jatuh lebih rendah hari ini di bawah paras MA50, akan menjadi isyarat awal untuk pergerakan bearish buat harga.
Penurunan bakal menguji sekali lagi support 1.21000 yang dicecah semalam dan sekiranya tembus lebih rendah, harga dilihat akan menuju ke zon tumpuan 1.20500.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG