Analisis GBP/USD – Zon $1.2800 Terus Diuji Untuk Harga Tembusi

144

Corak kenaikan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD dilihat masih cuba untuk dikekalkan, namun sedikit terbantut di bawah zon 1.28000.

Data-data yang diterbitkan di sesi New York semalam telah mempengaruhi pergerakan harga berikutan mata wang US dolar memberi reaksi yang menarik.

Di awal sesi, US dolar melemah dahulu ketika data pekerjaan ADP hadir dengan angka yang suram.

Namun, data tinjauan ISM untuk sektor perkhidmatan Amerika Syarikat (AS) yang menyusul selepas itu berjaya mengukuhkan semula US dolar.

Pun begitu, pengukuhan US dolar tidak berjaya diteruskan apabila dilihat kembali melemah semula menuju dagangan ke penghujung sesi.

Pergerakan harga pada carta GBP/USD dilihat kembali berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) semula pada rangka masa 1 jam yang menyambung dagangan di sesi Asia pagi ini (Khamis).

Harga dilihat menguji zon rintangan 1.28000 dan sekiranya berjaya ditembusi, kenaikan lebih tinggi akan dijangkakan untuk harga meneruskan pergerakan trend bullish sebelum ini.

Pelabur akan berwaspada menantikan terbitan laporan pekerjaan NFP AS di penghujung minggu ini yang dijangka akan memberi impak lebih besar dalam pasaran.

Sekiranya harga berjaya dipacu naik lebih tinggi melepasi rintangan 1.28000, paras ketinggian terbaru bakal dicatatkan dengan sasaran untuk mencapai sehingga sekitar 1.29000.

Sebaliknya jika harga menjunam selepas menguji zon 1.28000 itu, penurunan di bawah paras MA50 akan memberi isyarat awal untuk pergerakan bearish bermula.

Seterusnya, harga akan kembali menuju semula paras sokongan 1.27000 yang menjadi tumpuan sebelum ini untuk zon RBS (resistance become support) tersebut diuji lagi.

Pergerakan bearish lebih jelas akan diperlihatkan sekiranya harga menjunam di bawah zon tersebut dengan sasaran akan beralih pada paras 1.26000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat