Seperti dijangkakan, harga emas pada minggu ini berjaya memecah rekod tertinggi sepanjang masa (all-time high) yang terbaru lagi selepas mengatasi catatan pada Mei lalu.
Dorongan emas adalah daripada jangkaan yang semakin meningkat untuk pelaksanaan langkah pemotongan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) melalui ucapan terbaru yang disampaikan oleh Pengerusi Jerome Powell.
Pelabur teruja menyaksikan pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar.
Harga yang menguji paras tumpuan 2430.00 telah melantun kukuh pada sesi New York semalam dan akhirnya mencapai paras ketinggian 2470.00 di penghujung sesi.
Momentum harga dikekalkan pada pembukaan awal sesi Asia pagi ini (Rabu) menyaksikan rekod tertinggi terbaru terus dicatatkan lagi mencapai 2482.00.
Selepas menanda ketinggian terbaru itu, harga mula susut seketika dan menyambung pembukaan di sesi Eropah, kelihatan harga perlahan berlegar di sekitar paras 2465.00.
Pelabur optimis menjangkakan kenaikan harga emas akan berterusan lagi selagi harga masih berada di atas paras 2450.00.
Harga emas masih cenderung untuk meneruskan pendakian ke puncak yang baru dan penganalisis mensasarkan sehingga ke paras 2500.00.
Namun, pelabur tetap perlu berhati-hati dengan terjunan harga secara tiba-tiba berkemungkinan berlaku aktiviti pengambilan untung dalam pasaran.
Harga boleh junam semula ke zon tumpuan 2430.00 yang dilihat ketika ini sebagai paras sokongan semasa buat harga.
Selain sentimen pemotongan kadar faedah Fed, pelabur turut akan memerhatikan petunjuk-petunjuk terbaru yang boleh mempengaruhi pergerakan emas semasa.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG