Harga emas terus memberi sinaran untuk para pelabur pada minggu ini selepas pamerkan kenaikan 3 hari berturut-turut.
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah melihatkan harga telah meningkat dari paras sokongan 1680.00 di awal minggu sehingga ke paras 1740.00 setakat sesi Eropah hari ini (Khamis).
Pelabur semakin yakin untuk harga emas kekal melonjak selepas pergerakan harga menepati ramalan penganalisis yang menjangkakan harga akan kembali melonjak semula dari zon sokongan 1680.00-1700.00.
Pada Selasa, kenaikan ketara harga dipamerkan sehingga ke paras rintangan 1720.00 sebelum harga menyambung kenaikan pada dagangan Rabu semalam melepasi rintangan tersebut.
Pergerakan harga dilihat kekal didorong oleh faktor penyusutan US dolar sepanjang minggu ini apabila pasaran memberi reaksi terhadap kejatuhan hasil bon AS yang memberi tekanan terhadap mata wang US dolar.
Kenaikan harga dilihat menuju pula ke paras tumpuan 1745.00 dengan momentum yang positif, namun pelabur tetap waspada untuk situasi kejatuhan semula harga emas.
Sekiranya harga membuat penurunan semula, paras 1720.00 dilihat sebagai paras support harga sebelum penurunan lebih rendah sehingga melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada timeframe 1 jam akan memberi kegelisahan semula kepada pelabur untuk jangkaan trend bearish.
Namun, jika harga berjaya mengekalkan kenaikan, destinasi awal tumpuan adalah dilihat pada zon SBR (support become resistance) 1765.00.
Pelabur akan menilai reaksi harga pada zon SBR tersebut dan sekiranya harga berjaya tembusi ke paras lebih tinggi, tumpuan utama adalah ke paras 1800.00 semula.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI