Analisis GOLD – Ada Petanda Emas Nak Junam Lagi Ke Ni?

1,319

Semakin bertambah debaran para pelabur emas di penghujung minggu ini apabila pergerakan pasaran tambah bercelaru khususnya apabila petunjuk penetapan dasar monetari oleh Federal Reserve (Fed) masih kabur.

Ini telah menyebabkan kegagalan mata wang US dolar menunjukkan arah yang jelas dengan perubahan pada kekuatan nilainya pada sesi-sesi yang berbeza.

Jika sesi New York semalam dan sesi Asia pagi ini menyaksikan pengukuhan US dolar, namun di sesi Eropah petang ini kembali melihatkan US dolar menyusut semula.

Oleh itu, harga emas juga turut terkesan dipengaruhi oleh pergerakan mata wang US dolar.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar semalam menyaksikan harga yang membuat kenaikan ke paras 1890.00 kemudiannya menjunam pada US dolar mengukuh di sesi New York.

Penurunan telah bersambung hingga ke sesi Asia pagi ini mencecah paras 1853.00 di mana telah melepasi paras terendah dicecah pada terjunan harga minggu lalu sekitar 1860.00

Namun, di sesi Eropah petang ini harga emas dilihat kembali memaparkan kenaikan dan menguji paras 1870.00 yang dilihat menjadi rintangan buat harga.

Isyarat bearish masih dihadam pelabur dengan pergerakan harga masih berada di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut.

Sekiranya penurunan lanjut harga diteruskan lagi, harga berkemungkinan boleh mencecah ke paras tumpuan pada 1830.00 sekaligus mencatatkan paras terendah terbaru 5 minggu.

Namun jika harga emas berjaya melonjak kembali melepasi paras 1870.00 dan juga tembusi halangan MA50, situasi ini akan dinilai sebagai isyarat awal bagi perubahan trend menaik untuk harga emas.

Seterusnya, harga yang membuat kenaikan bakal menuju ke paras 1900.00 untuk menguji zon tumpuan tersebut.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat