Analisis GOLD – Adakah Harga Emas Akan Melonjak Lagi?

1,700

Kenaikan harga emas yang dipamerkan sebelum ini semakin kehilangan momentum selepas mencapai paras ketinggian $1,875 pada dagangan semalam.

Sejak minggu lalu lagi, trend kenaikan harga emas telah bermula dari zon support 1764.00 seperti yang dipaparkan pada carta harga XAU/USD.

Melepasi paras rintangan pada 1800.00 dan 1850.00 memberi keyakinan buat pelabur bahawa harga emas akan terus melonjak tinggi.

Namun, momentum kenaikan harga terhalang pada paras rintangan 1875.00 sebelum harga menunjukkan penurunan semula pada sesi Asia pagi ini.

Paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam masih diuji dan akan memberikan isyarat awal pergerakan harga emas selanjutnya.

Penurunan harga di bawah paras 1850.00 seterusnya akan mendorong harga turun lebih rendah menuju semula paras tumpuan pada 1800.00.

Sebaliknya jika harga berjaya melonjak dan menembusi rintangan 1875.00, paras ketinggian 1900.00 dilihat menjadi destinasi tumpuan pada kenaikan yang diteruskan.

Pelabur masih berhati-hati terhadap dagangan safe-haven yang dipengaruhi oleh sentimen pasaran dengan perkembangan isu vaksin, Brexit, hubungan AS-China dan pakej rangsangan ekonomi AS terus dipantau.

Lihat gambar carta XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat