Meningkatkan keterujaan para pelabur apabila harga emas akhirnya berjaya melonjak melepasi paras sasaran $1,800 semalam setelah beberapa minggu harga gagal menembusinya.
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar dapat disaksikan lonjakan bertenaga harga pada sesi New York semalam.
Situasi tersebut masih dipacu oleh faktor penyusutan US dolar dalam pasaran dengan hasil perbendaharaan AS bergerak susut hampiri paras terendah 2 minggu.
Pelabur juga berwaspada terhadap dagangan US dolar menjelang laporan pekerjaan NFP AS untuk bulan April yang bakal diterbitkan pada awal sesi New York malam ini.
Harga pada carta XAU/USD melonjak melepasi paras 1800.00 mencapai paras ketinggian 1818.00 sebelum bergerak mendatar menutup dagangan sesi New York.
Dengan itu, harga emas mencatatkan kenaikan harian sekitar 350 pips sekaligus merekodkan paras ketinggian terbaru 11 minggu.
Menyambung dagangan pada Jumaat, harga sedikit meningkat pada sesi Asia ke zon 1820.00 yang merupakan zon SBR (support become resistance) sebelum ini.
Seterusnya, kenaikan lebih tinggi bakal dijangkakan oleh para penganalisis untuk ke paras ketinggian 1850.00 pula. Paras tersebut menjadi rintangan buat harga pada dagangan Februari lalu.
Jika harga kembali membuat penurunan, paras support terbaru akan berada pada paras 1800.00 dan membentuk zon RBS (resistance become support) terbaru.
Laporan pekerjaan NFP AS pada malam ini dijangka akan turut memberi impak besar terhadap pergerakan harga emas.
Lihat gambar carta XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI