Analisis GOLD – Angkara Pelosi, Emas Junam Semula Selepas Capai Paras Tertinggi 4 Minggu

1,028

US dolar memulakan langkah pengukuhan pada dagangan Selasa semalam di tengah-tengah ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang semakin panas selepas kunjungan wakil AS, Nancy Pelosi ke Taiwan.

Ketibaan Nancy Pelosi di Taipei untuk mengadakan lawatan peringkat tertinggi AS dalam tempoh 25 tahun dilihat China sebagai ancaman kepada keamanan dan kestabilan mereka.

Sentimen pasaran yang berisiko ini telah mendorong lonjakan semula nilai US dolar dalam pasaran dan memberi kesan kejatuhan harga emas dari paras tertinggi 4 minggu yang dicapai.

Memberi tumpuan pada perkembangan dasar monetari bank pusat AS, Presiden Federal Reserve (Fed) San Francisco Mary Daly dan Presiden Fed Chicago Charles Evans menyatakan bahawa mereka bersama rakan kekal tegas dan bersatu sepenuhnya bagi meningkatkan kadar sehingga tahap yang terbaik untuk ekonomi.

Sekiranya inflasi tidak berjaya bertindak balas terhadap kenaikan kadar faedah bank pusat, Presiden Fed St louis, James Bullard berkata bahawa mereka perlu untuk kekal “lebih tinggi untuk lebih lama”.

Perhatikan pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar pada dagangan semalam, harga pada mulanya berjaya membuat peningkatan ke paras ketinggian terbaru 4 minggu mencapai 1788.00 namun kemudiannya dilihat menjunam semula.

Penurunan harga yang ketara memberi isyarat untuk perubahan trend bearish semula harga mencecah zon 1760.00 pada penghujung dagangan sesi New York.

Turut menambahkan jangkaan pelabur bagi petunjuk perubahan trend apabila harga kembali bergerak semula di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD.

Terdapat lonjakan harga di sesi Asia hari ini (Rabu) dari zon 1760.00 menguji paras halangan MA50, namun harga gagal meneruskan kenaikan lebih tinggi bersambung pada sesi dagangan Eropah.

Untuk jangkaan bagi penyusutan harga emas lebih rendah, harga bakal menyusut semula di bawah zon 1760.00 memberi amaran untuk pelabur bersedia menyaksikan kejatuhan lebih parah emas selanjutnya.

Penurunan yang lebih rendah bagi komoditi emas diramalkan bakal mensasarkan ke zon resistance become support (RBS) 1735.00 untuk diuji sebelum harga menuju pula ke paras tumpuan seterusnya pada 1720.00.

Sebaliknya, jika harga menunjukkan tanda-tanda untuk berlakunya perubahan trend bullish semula, harga bakal melonjak semula bagi menguji paras ketinggian yang dicapai semalam selepas melepasi paras 1780.00.

Jika halangan tersebut turut berjaya diatasi, harga dijangkakan bakal meneruskan kenaikan selanjutnya sehingga ke zon sasaran 1800.00 sekali gus mencatatkan paras ketinggian terbaru 4 minggu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat