Analisis GOLD – Apa Jangkaan Pergerakan Emas Menjelang NFP?

1,166

Kenaikan harga emas bersambung lagi pada dagangan Rabu semalam, namun momentum kenaikan harga dilihat masih lemah dalam suasana berjaga-jaga pasaran menjelang laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) di penghujung minggu.

Meneliti carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, selepas kenaikan harga melantun dari zon support 1900.00 pada Selasa, kenaikan diteruskan lagi pada dagangan Rabu semalam mencapai paras sekitar 1938.00.

Kenaikan harga yang terhad hingga ke ketinggian tersebut gagal meneruskan kenaikan ke paras sasaran 1950.00 sebelum harga susut semula bersambung pada dagangan hari ini.

Namun, penurunan harga pada sesi Asia dilihat berjaya disokong oleh paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam sebelum harga sedikit meningkat memasuki awal sesi Eropah untuk isyarat menyambung semula kenaikan sebelum ini.

Sekiranya kenaikan berjaya diteruskan semula, paras tumpuan 1950.00 masih menjadi sasaran untuk diuji harga sebelum kenaikan yang lebih tinggi berjaya melepasi rintangan tersebut akan menuju ke zon SBR (support become resistance) pada 1970.00.

Seterusnya, paras sasaran tumpuan adalah pada 2000.00 bagi harga yang meneruskan pergerakan dalam trend bullish yang lebih jelas.

Namun jika harga kembali menjunam semula berkemungkinan dipengaruhi oleh reaksi pasaran terhadap laporan NFP, harga terus akan support 1900.00 yang masih belum berjaya ditembusi.

Penurunan harga melepasi zon support tersebut kemudiannya bakal menjejak ke paras sekitar 1870.00 yang berada pada zon SBR lebih rendah.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat