Pergerakan harga emas sejak penutup dagangan minggu lalu sehingga semalam masih lagi terus membuat pelabur gelisah sambil memerhatikan petunjuk bagi arah yang lebih jelas.
Sehingga bersambung pada dagangan hari ini (Rabu), harga emas kekal berlegar di zon $2,030 ketika pelabur terus berteka-teki pengakhiran di penghujung minggu ini sama ada menyaksikan harga emas melonjak atau menjunam rendah.
Pelabur yang memerhatikan pergerakan mata wang US dolar yang mempengaruhi pergerakan emas kini sedang menantikan terbitan data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) untuk suku terakhir 2023 lalu pada Khamis.
Carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah memaparkan kenaikan ke paras 2038.00 semalam, namun harga kembali berundur turun semula dan mendatar di bawah zon 2030.00 sehingga ke penutup sesi New York.
Pergerakan harga yang berlegar di sekeliling garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut turut menyukarkan pelabur untuk menilai arah pergerakan selanjutnya buat harga.
Jika kenaikan harga berjaya dipaparkan selepas ini melepasi zon 2030.00, paras rintangan semasa di bawah 2040.00 akan menjadi tumpuan terhampir untuk diuji oleh harga.
Seterusnya, paras rintangan pada 2050.00 akan menjadi tumpuan berikutnya pada corak kenaikan harga yang diteruskan.
Namun, jika harga semasa gagal untuk melepasi zon 2030.00, penurunan semula harga perlu dijangkakan untuk persediaan pelabur.
Penurunan harga dilihat akan mensasarkan pada 2000.00 yang menjadi zon sokongan harga dengan reaksi turut dipaparkan pada minggu lalu.
Jika tembus bawah paras 2000.00, harga akan catatkan paras terendah terbaru 6 minggu dengan sasaran seterusnya adalah pada zon 1970.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG