Analisis GOLD – Apa Terjadi Lepas Nilai Emas Terjun Lebih $100?

3,208

Tak cukup untuk beri kejutan pada penghujung minggu lalu, dagangan emas pada permulaan awal minggu ini terus menggegarkan pasaran dengan penyusutan nilai sehingga lebih $100!

Perhatikan pergerakan harga yang dipamerkan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar.

Susulan laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang memberangsangkan dan mendorong pengukuhan US dolar Jumaat lalu, harga emas telah menjunam dari zon harga 1800.00 sehingga ke zon tumpuan 1765.00.

Memulakan dagangan awal sesi Asia pagi ini di bawah paras 1765.00 tersebut harga terus menjunam lebih 70 pips hampir menyentuh paras 1680.00.

Namun, penurunan harga tidak kekal lama sebelum harga mula melonjak semula di atas paras 1700.00 sehingga melepasi paras tumpuan 1745.00 bersambung sehingga ke sesi pasaran Eropah.

Penganalisis telah mula melihat kecenderungan harga emas untuk meneruskan pergerakan harga dalam trend bearish pada minggu ini selepas menjunam semula di bawah paras 1800.00.

Lonjakan semula harga dilihat agak drastik, namun harga emas masih dijangka untuk menyambung penurunan semula pada sesi berikutnya menguji semula zon sokongan 1700.00.

Zon tersebut sebelum ini turut menjadi tumpuan ketika dagangan Mac lalu yang berjaya menyokong harga untuk membuat lonjakan semula, begitu juga situasi yang berlaku pada awal sesi Asia pagi ini.

Penurunan yang berjaya diteruskan melepasi paras 1680.00 akan mencatatkan paras terendah terbaru untuk dagangan tahun ini.

Namun jika kenaikan harga berterusan, zon tumpuan pada 1765.00 perlu diberi perhatian yang turut menjadi kawasan tarikan harga.

Kenaikan lebih tinggi boleh menguji semula rintangan pada 1800.00, namun memerlukan faktor yang lebih kukuh untuk kembali memberi isyarat bullish semula bagi dagangan emas.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat