Analisis GOLD – Bahaya Pasaran Tak Menentu, Trader Emas Jangan ‘Full Margin’!

730

Tumpuan pasaran kini terarah kepada terbitan data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) pada sesi New York sebentar lagi yang akan pengaruhi mata wang US dolar dan turut memberi kesan turun naik nilai emas.

Pada awal pagi ini, laporan minit mesyuarat FOMC telah diberi perhatian terlebih dahulu.

Pelabur menghadam bahawa Federal Reserve (Fed) masih akan meneruskan pengetatan dasar dan situasi ini dilihat akan memberi sokongan terhadap pengukuhan US dolar.

Jika pengukuhan US dolar kekal berterusan, emas akan mengalami masalah dengan jangkaan penyusutan nilai logam kuning tersebut juga akan berlaku.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar pada Rabu semalam menyaksikan harga meniti perlahan di atas paras sokongan 1830.00.

Namun, setelah minit mesyuarat FOMC diteliti, harga dilihat telah susut lebih rendah di bawah paras tersebut sehingga ke sekitar 1824.00 pada penutupan sesi New York.

Menyambung dagangan pada hari ini (Khamis), harga sedikit meningkat ke paras 1830.00 semula di sesi Asia.

Bersambung di awal sesi Eropah, harga cuba untuk berlegar di atas paras 1830.00 dan turut menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD namun dilihat masih sukar untuk tembusi.

Sekiranya berjaya meneruskan kenaikan lebih tinggi melepasi halangan berikut, paras 1845.00 akan cuba untuk dilepasi harga pula untuk catatkan paras tertinggi mingguan terbaru.

Seterusnya, setelah memberi isyarat pergerakan bullish, harga dilihat akan membuat kenaikan lebih tinggi ke zon tumpuan 1870.00.

Sebaliknya jika gagal untuk kekal berada di atas paras 1830.00, penurunan lanjut harga akan dijangkakan mencecah zon support 1800.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat