Analisis GOLD – Baru Sahaja Pasaran Membuka Tirai, Emas Dah Tersungkur Ke Tanah

600

Menambah gundah buat pelabur emas pada pembukaan awal minggu ini, nilai komoditi berharga itu terus mengalami kejatuhan ke paras lebih rendah lagi.

Kenyataan bernada hawkish oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell di Jackson Hole pada penghujung minggu lalu telah mencetuskan pengukuhan terhadap dagangan US dolar.

Hal ini juga telah memberi impak terhadap aset emas yang terkesan menyaksikan penurunan nilai pada sesi-sesi terakhir dagangan minggu lalu.

Penganalisis melihat corak kenaikan harga yang dipaparkan pada minggu lalu membentuk corak pembetulan harga (correction) dan bakal menyambung semula trend bearish pada minggu ini pula.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga dilihat cuba untuk melepasi zon halangan pada 1760.00 pada Khamis lalu, namun gagal untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi.

Pada Jumaat, harga jelas menunjukkan isyarat bearish buat emas apabila penurunan harga kembali semula ke bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam dan menutup dagangan penghujung minggu di sekitar 1735.00.

Penurunan harga diteruskan pada sesi Asia pagi ini melepasi paras minggu lalu menuju ke zon support pada 1720.00.

Berkemungkinan penurunan akan diteruskan lagi melepasi zon tersebut dengan potensi untuk mencecah sehingga 1700.00 atau lebih rendah untuk catatkan paras terendah terbaru 6 minggu buat emas.

Sebaliknya jika harga berjaya membuat lonjakan kembali pada minggu ini, zon rintangan pada 1760.00 akan kembali menjadi sasaran untuk diuji.

Peningkatan melepasi zon rintangan tersebut akan mencetuskan jangkaan untuk perubahan trend bullish semula.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat