Pelabur emas menarik nafas lega selepas mesyuarat FOMC berakhir awal pagi tadi apabila harga logam kuning itu terselamat daripada alami kejatuhan.
Menamatkan dagangan sesi New York, US dolar dilihat bergerak susut selepas reaksi bercampur pada awalnya ketika keputusan kadar faedah diumumkan Federal Reserve (Fed).
Ini telah memberi kesan kenaikan harga juga buat emas, namun pada tempo pergerakan yang agak sederhana.
Pengerusi Federal Reserve (Fed) dilihat menyampaikan mesej yang masih bernada hawkish, namun tetap berhati-hati.
Kenaikan kadar faedah masih lagi menjadi pilihan untuk diteruskan, namun akan bergantung pada data pekerjaan dan inflasi yang diterbitkan selepas ini.
Penganalisis juga melihat majoriti pasaran masih tidak menolak sepenuhnya bahawa pengetatan dasar monetari sudah berada di penghujungnya dan ada yang menjangka kenaikan kadar faedah kali ini adalah yang terakhir sebelum pelonggaran dasar bakal bermula.
Carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menyaksikan harga meneruskan pendakian lebih tinggi hingga ke hari ini.
Pelabur telah bersedia lebih awal untuk jangkaan kenaikan harga selepas isyarat bullish harga yang berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut.
Kenaikan harga ketika mesyuarat FOMC semalam telah mencapai sekitar 1978.00 sebelum harga menyambung lagi kenaikan di sesi Asia pagi ini ke paras 1982.00.
Kenaikan lebih tinggi yang diteruskan dilihat akan cuba mengatasi ketinggian dicatatkan pada minggu sebelum ini sekitar 1987.00 untuk rekod tertinggi terbaru 10 minggu.
Sasaran seterusnya adalah untuk mencapai paras 2000.00 sekaligus menguji zon penting tersebut.
Namun waspada jika harga emas alami kemerosotan semula dengan ketidaktentuan yang masih melanda pasaran ketika ini.
Untuk jangkaan penurunan, zon support 1950.00 dilihat akan menjadi tumpuan diuji semula selepas 2 minggu harga yang turun berjaya dilantunkan naik di zon itu.
Tembus lebih rendah menyaksikan pergerakan bearish lebih jelas boleh mendorong harga menuju zon RBS (resistance become support) pada 1930.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG