Pergerakan harga komoditi emas di awal pembukaan minggu ini dilihat masih mendatar menantikan bermulanya sesi New York.
US dolar yang bergerak lemah menuju penghujung minggu lalu selepas Federal Reserve (Fed) menghentikan kenaikan kadar faedah pada mesyuarat FOMC terbaru, telah memberi ruang harga emas meningkat semula dalam pasaran.
Sebelum lonjakan, harga emas pada mulanya susut ke paras terendah 3 bulan susulan pengukuhan US dolar pada reaksi awal mesyuarat FOMC dengan isyarat hawkish oleh Fed untuk dasar monetari selanjutnya.
Situasi ini dapat diperhati pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar dengan kejatuhan harga pada Khamis lalu mencecah 1925.00.
Namun lonjakan kembali diperlihatkan untuk harga melepasi semula zon 1950.00 sehingga mencapai ketinggian sekitar 1967.00 pada Jumaat lalu.
Harga sedikit berundur turun di penutup sesi terakhir minggu tersebut sebelum pergerakan harga mendatar di awal minggu ini meniti di atas zon 1950.00.
Juga paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD itu diuji yang dilihat menyokong harga bertahan dari susut lebih rendah.
Sekiranya lonjakan berjaya dipamerkan semula, rintangan di paras 1970.00 minggu lalu akan kembali diuji lagi sebelum kenaikan diteruskan menuju zon tumpuan 1980.00.
Seterusnya, barulah harga emas akan sasarkan untuk mencapai parsa 2000.00 semula sekiranya US dolar kekal bergerak lemah dalam pasaran.
Namun, dengan isyarat hawkish dari Fed yang boleh mengukuhkan US dolar, pelabur emas bersedia untuk penurunan harga yang boleh berlaku.
Jika harga mula susut di bawah zon 1950.00 setelah melepasi sokongan MA50, ini akan menjadi amaran awal buat pelabur untuk penurunan yang lebih rendah.
Paras terendah minggu lalu pada 1925.00 berkemungkinan akan dicecah kembali oleh harga pada minggu ini dan tidak mustahil untuk melepasinya.
Kejatuhan berterusan harga emas dilihat boleh mencecah hingga ke sekitar 1900.00 yang merupakan antara paras tumpuan harga sebelum ini.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG