Seperti yang dijangkakan pada analisis GOLD sebelum ini, pergerakan harga emas berjaya tembusi paras tumpuan $1,870.
Carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar diperhati dengan teliti pelabur sejak awal minggu.
Pada dagangan Rabu semalam, harga berjaya tembus 1870.00 namun mendatar seketika di sekitar tersebut pada awal sesi New York.
Ini berikutan data indeks harga pengeluar (PPI) Amerika Syarikat (AS) diterbitkan dengan bacaan angka yang lebih baik berbanding ramalan untuk bulan September.
US dolar yang sedikit pulih seketika telah menghadkan corak kenaikan pada harga emas.
Namun, US dolar kembali didagangkan suram semula selepas laporan minit mesyuarat FOMC diterbitkan di awal pagi tadi.
Walaupun pada tempo perlahan, harga emas telah menunjukkan peningkatan bersambung pada dagangan hari ini (Khamis) menuju paras tumpuan berikutnya yang disasarkan pada 1885.00.
Pergerakan harga kekal dalam trend bullish yang berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut dan jika tiada apa-apa perubahan pada situasi pasaran, harga emas berpotensi meneruskan pendakiannya.
Namun, cabaran menanti di sesi New York sebentar lagi berikutan tumpuan pasaran akan terarah kepada terbitan data inflasi (CPI) AS yang menjadi petunjuk penting buat Federal Reserve (Fed).
Jangkaan untuk kenaikan harga selepas melepasi paras 1885.00 adalah untuk mencapai paras penting pada 1900.00.
Penganalisis menjangkakan bakal ada reaksi menarik pada zon kritikal ini dan memberi petunjuk arah pergerakan harga emas selanjutnya.
Sementara untuk penurunan harga semula, paras 1870.00 menjadi sokongan terhampir bakal diuji sebelum harga yang susut lebih rendah akan mencecah semula sekitar 1855.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG