Analisis GOLD – ‘Code Red’ Untuk Emas Bila Harga Terjun Bawah $1,920!

1,888

Pergerakan harga emas telah mengundang kekecewaan para pelabur semalam apabila situasi yang dibimbangi berlaku jua.

Harga emas didagangkan terperosok jatuh lebih rendah lagi semalam setelah pada mulanya berlegar di zon kritikal $1,920.

Tarikan terhadap aset emas dilihat kian pudar ketika ini walaupun US dolar tidaklah begitu mengukuh didagangkan semalam susulan pasaran dalam suasana berjaga-jaga menantikan data inflasi Amerika Syarikat (AS) diterbitkan hari ini.

Memerhati pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga yang turun ke sekitar 1920.00 di awal sesi Eropah semalam akhirnya meluncur laju ke bawah hingga mencecah sekitar 1908.00.

Sedikit bertenang di sesi New York, harga kemudiannya ditutup di paras sekitar 1913.00.

Dengan isyarat bearish harga yang bergerak di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut, penurunan harga akan dijangkakan.

Namun bacaan data inflasi AS akan jadi penentu arah selanjutnya.

Sekiranya US dolar kukuh menekan harga emas jatuh lebih rendah, harga akan menyambung penurunan menuju hingga sasaran tumpuan pada 1900.00.

Berterusan jatuh, sasaran penurunan harga akan beralih ke paras support 1885.00 yang diuji pada dagangan Ogos lalu.

Namun, jika berlaku lonjakan semula pada harga emas, rintangan awal yang bakal menjadi tumpuan adalah pada 192.00 selain harga akan cuba untuk mengatasi halangan MA50.

Selepas berjaya, barulah harga emas dijangka untuk naik menuju ke 1930.00 seterusnya sasaran ketinggian pada 1950.00 semula setelah isyarat perubahan trend bullish.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat