Emas lebih cemerlang pada prestasi hari ini (Selasa) berbanding pergerakan pasif yang dipaparkan pada pembukaan awal minggu semalam.
Agak mengecewakan pelabur apabila harga yang mendatar di bawah zon $2,030 semalam tidak berjaya untuk menyambung corak kenaikan pada penghujung minggu lalu.
Namun, hari ini lebih baik apabila harga cuba untuk membuat kenaikan semula dan cuba untuk menembusi zon $2,030 tersebut.
Pergerakan harga boleh diteliti pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar.
Isyarat bullish dikenalpasti apabila kenaikan harga yang dipaparkan hari ini mula melepasi garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Selepas papar lonjakan, harga dilihat berlegar di sekitar zon 2030.00 di sesi Eropah, pelabur bersedia untuk melihat apa akan berlaku pada sesi berikutnya.
Jika momentum berjaya dikekalkan, kenaikan akan diteruskan semula dari zon 2030.00 dan menuju paras tumpuan pada 2050.00 pula.
Seterusnya, sasaran akan beralih ke paras lebih tinggi sekitar 2070.00 sekiranya kenaikan harga yang lebih kukuh berjaya diteruskan.
Namun, jika situasi adalah sebaliknya, harga boleh menjunam dari zon 2030.00 hingga ke paras lebih rendah semula.
Sasaran terhampir adalah menuju zon 2000.00 yang bakal mengundang reaksi menarik harga di sekitar tersebut.
Jika harga tembus lebih rendah dari itu, pergerakan bearish yang diteruskan dijangka boleh mencecah hingga paras 1970.00 pula.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG