Pergerakan harga emas sudah mula rancak pada permulaan dagangan awal minggu ini khususnya pada sesi New York semalam apabila mencatat rekod harga yang baru lagi.
Pengukuhan US dolar yang berterusan menjadi faktor menekan harga emas jatuh lebih rendah walaupun dalam suasana pasaran yang berisiko.
Penganalisis melihat aset emas semakin kurang tarikan apabila pelabur lebih memilih untuk pegangan tunai, menyaksikan US dolar lebih mendapat permintaan.
Justeru, dapat diperhatikan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga terus mengekalkan lagi corak pergerakan bearish sehingga awal minggu ini.
Penurunan harga semalam telah mencecah ke paras terendah terbaru 6 minggu ke sekitar 1903.00 sebelum melantun semula ke sekitar 1913.00.
Namun, pergerakan harga terus kekal di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD menjadi petanda tiada perubahan untuk trend bearish semasa.
Harga emas dijangka akan menguji zon penting pada 1900.00 atau berkemungkinan tembus lebih rendah lagi hari ini.
Jika berterusan jatuh, sasaran harga terbaru bakal beralih ke paras 1885.00 yang bakal merekodkan paras terendah terbaru emas sejak Mac lalu.
Namun jika harga emas kembali melonjak semula, ke mana pula sasaran paras yang akan menjadi tumpuan?
Kenaikan awal akan menuju paras 1920.00 untuk menguji rintangan tersebut setelah harga berjaya mengatasi paras halangan MA50 dengan isyarat awal perubahan trend.
Seterusnya, harga akan meneruskan kenaikan menuju pula zon 1930.00 yang diuji beberapa kali pada minggu-minggu sebelum ini.
Perubahan pada sentimen pasaran semasa serta faktor-faktor lain perlu dititikberatkan oleh pelabur untuk mengesan sebarang risiko ke atas dagangan emas lebih awal.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG