Analisis GOLD – Data Jualan Runcit AS Ranapkan Impian Emas Untuk Lebih Garang

1,476

Tampaknya dagangan emas dilihat tidak kesampaian untuk mengekalkan keuntungan yang diraih dari bacaan inflasi yang tinggi minggu lalu.

Namun sebelum susut, lonjakan harga telah mencapai zon rintangan 1880.00 yang secara tidak langsung telah mencipta rekod ketinggian terbaharu dalam tempoh masa 5 bulan pada sesi New York semalam (Selasa).

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai berbanding USD, harga nampaknya hanya mampu ‘mencucuk’ zon rintangan 1880.00 sebelum kembali susut untuk cecah ke zon RBS (resistance become support) 1850.00.

Kejatuhan yang dipersembahkan juga telah melenyapkan corak ‘ascending triangle’ yang dibuat semalam untuk melepasi trendline support tersebut sebagai isyarat awal kepada perubahan trend bearish.

Dagangan emas menyaksikan pergelutan untuk melonjak lebih tinggi setelah kehilangan daya tarikan yang ketara berikutan penerbitan data penjualan runcit Amerika Syarikat (AS) yang positif di awal sesi New York.

Lonjakan semula hasil perbendaharaan 10 tahun AS juga menjadi aspek yang menyokong dolar greenback untuk mengukuh dan sentimen pasaran yang berisiko tampaknya lebih memihak kepada raja matawang itu.

Akan tetapi zon RBS 1850.00 itu diperhatikan ketika ini sedang membantu harga emas untuk kembali meningkat yang berkemungkinan akan berlaku ‘reversal’ di trendline support sebelum terus menjunam.

Junaman yang berikutnya kebarangkalian bakal mengatasi zon RBS berkenaan untuk terus mencecah zon RBS yang seterusnya pada 1830.00 dan akan dinilai oleh pelabur bagi menanti petunjuk bearish yang jelas.

Namun tidak mustahil juga untuk harga emas memberi kejutan dengan lonjakan garang yang dijangka akan mencapai semula ke zon rintangan 1880.00 sebelum terbang lebih tinggi menuju ke sasaran berikutnya.

Keupayaan untuk melonjak tinggi akan dilihat menguji zon rintangan sekitar 1900.00-1910.00 yang turut merupakan paras tertinggi yang pernah dicatatkan pada awal dagangan Jun lalu sebelum kembali menurun.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat